Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi sorak berbentuk ejekan yg ditujukan kpd seseorang atau sekumpulan orang utk menunjukkan rasa tidak puas hati, tidak setuju, benci, dsb: dewan itu hingar bingar dgn suara ~ yg dijeritkan oleh para hadirin yg tidak berpuas hati;mengebu menyorakkan atau memekikkan bu kpd seseorang dsb: ada di kalangan anggota parti yg kelihatan mengejek serta ~ Presiden mereka; pemain bola sepak itu dibu kerana tendangan bolanya tersasar jauh dr gawang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bu III


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan

Saudara Tracy,

Yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran

Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi

Tatabahasa28.06.2010
Apakah suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" ? contohnya , minuman- "mi-num-an" atau " mi-num-an" ? Terima kasih.

Suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" adalah seperti yang berikut:

(i) mi-num-an, (ii) ma-kan-an, (iii) pe-la-jar-an, (iv) di-pe-la-jar-i, (v) sa-yur-sa-yur-an, (vi) bu-ah-bu-ah-an

Lain-lain22.04.2010

Kembali ke atas