salam. apakah golongan kata yang betul bagi "buah fikiran". adakah ia merupakan kata adjektif ataupun kata nama? mohon penjelasan. terima kasih | Buah fikiran termasuk dalam golongan peribahasa. | Lain-lain | 26.03.2013 |
apakah makna peribahasa batu loncatan,batu api,bau-bau bacang,bahasa pasar,bendera putih,dan buah fikiran? | Batu loncatan bermaksud pangkalan untuk tempat memulai sesuatu usaha. batu api bermaksud tukang hasut. bau-bau bacang bermaksud ada pertalian saudara(tetapi sudah jauh). bahasa pasar bermaksud bahasa kacukan, iaitu bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu apabila bertutur dengan orang Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melyu yang diketahui tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bendera putih bermaksud tunduk atau menyerah kalah. Buah fikiran bermaksud pendapat, pertimbangan. | Lain-lain | 13.03.2008 |
SAYA TELAH HASILKAN BEBERAPA KARYA SASTERA HASIL BUAH FIKIRAN SAYA SENDIRI DAN BELUM PERNAH DITERBITKAN DI MANA-MANA BUKU.KARYA SASTERA TERSEBUT BERUPA PUISI MODEN,CERPEN DAN NOVEL DALAM BAHASA MELAYU.OLEH ITU, SAYA INGIN MEMPERKEMBANGKAN BAKAT PENULISAN SAYA INI,NAMUN SAYA TIDAK TAHU HENDAK BERMULA DARI PERINGKAT MANA.SELAIN ITU,SAYA INGIN MENJADI SALAH SEORANG PENULIS MUDA DI MALAYSIA.SAYA JUGA TELAH MEMENANGI BEBERAPA ANUGERAH DI PERINGKAT SEKOLAH TERUTAMA DALAM AKTIVITI BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH. | Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berminat menjadi penulis. Ada beberapa cara puan boleh mengembangkan bakat penulisan puan, antaranya: 1. Puan terus menulis dan mengirimkan karya puan kepada mana-mana penerbit untuk diterbitkan. 2. Puan menyertai bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan-persatuan penulis, ataupun oleh pihak swasta [misalnya syarikat akhbar dan Akademi Penulis (latihan@akademipenulis.com.), dan lain-lain]. Untuk meninjau peluang mengikuti bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBP,puan boleh menghubungi Pn. Hjh. Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran(e-mel: aisah@dbp.gov.my), atau En. Shahrun Nizal Mohd Nor (shahrun@dbp.gov.my) di Pusat Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA). 3. Puan menjadi ahli persatuan penulis di tempat/negeri puan supaya puan boleh berkongsi pengalaman dengan penulis-penulis yang berpengalaman. Untuk mengirimkan karya puan ke DBP, sila hubungi pegawai berikut: (a) Pn Norimah Bajuri, (norimah@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, atau (b) En Arshad Rawian (arshad@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. | Lain-lain | 09.10.2010 |
berkaitan wacana | Wacana ialah sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. 2 perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: Mereka mengadakan ~ ilmu. mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan. | Makna | 21.03.2010 |
makna sejarah manuskrip lama | Tulisan masa lampau yang merakamkan budaya manusia. Konsep budaya di sini dihubungkan antara lain dengan buah fikiran, perasaan, kepercayaan, adat kebiasaan dan nilai-nilai yang berlaku pada waktu itu di dalam sesebuah masyarakat. Untuk melihat tahap sejarah sesebuah manuskrip diperlukan ilmu filologi. | Lain-lain | 23.09.2008 |
maksud bagi Bual Bicara? | Kalau dilihat dari sudut kata, bual bermaksud: borak. Manakala bicara pula bermaksud: pendapat, fikiran, akal budi, muslihat dll. Frasa 'bual bicara' pula membawa maksud: perbincangan mengenai sesuatu pendapat atau buah fikiran. | Makna | 23.04.2009 |
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus | 1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut 3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran .... 4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas jawapan soalan-soalan yang lalu. Apakah pandangan DBP tentang penggunaan penjodoh bilangan untuk perkataan, ayat, sajak, cerpen, karangan, esei, dan fikiran? Contoh: sebuah perkataan, sebuah sajak dan sebuah fikiran. Wassalam. | Penjodoh bilangan bagi perkataan ialah patah perkataan, bagi sajak ialah buah, potong, rangkap atau bait bergantung pada bentuk sajak. Manakala bagi fikiran ialah sesuatu fikiran. Namun bukan semua perkara atau benda memerlukan penjodoh bilangan terutamanya perkara yang abstrak seperti fikiran, pendapat dan sebagainya. | Lain-lain | 28.01.2009 |