Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah-buahan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat dan bervitamin. 2.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat untuk manusia. 3.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat kepada manusia. 4.Buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat kepada kita. Adakah ayat-ayat ini betul?Terima kasih.

Semua contoh ayat yang diberikan betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa04.07.2024
Salam sejahtera, 1.Buah-buahan bermusim adalah seperti buah durian,buah rambutan,buah manggis dan lain-lain.(perlukah depan setiap nama buah ditulis "buah"?)

Untuk ayat tersebut, tidak perlu ditulis perkataan "buah" di hadapan setiap nama buah kerana penerangan pada awal ayat sudah diberikan. Ayat yang lebih sesuai ialah,

"Buah-buahan bermusim adalah seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain."

Susunan ayat seperti di atas sudah memadai bagi menyampaikan makna ayat.

Lain-lain06.11.2025
Salam sejahtera. Minta tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif 1. Penduduk kampung itu menjual buah-buahan kepada peraih. Adakah boleh tulis begini, iaitu:- 1. Buah-buahan dijual oleh penduduk kampung kepada peraih. 2. Buah-buahan dijual oleh penduduk kampung itu kepada peraih. Terima kasih.Ayat aktif

1. Penduduk kampung itu menjual buah-buahan kepada peraih. 

Ayat pasif
1. Buah-buahan dijual oleh penduduk kampung itu kepada peraih.
Tatabahasa17.07.2013
1. Pelbagai buah-buahan 2. Banyak buah-buahan betul?Penggunaan yang tepat ialah pelbagai/banyak jenis buah, sungguhpun begitu masih banyak yang menggunakan pelbagai jenis/banyak jenis buah-buahan. Penggunaan frasa ini menunjukkan penggunaan bahasa yang lewah atau pembaziran dalam penulisan . Oleh itu, saya mencadangkan saudara menggunakan frasa yang paling tepat, iaitu pelbagai/banyak jenis buah.Tatabahasa21.06.2014
Yang mana satu jawapan yang paling tepat dan sebab 1- musim buah-buahan Di kampung saya 2- musim buah-buahan di kampung sayaJika sebagai tajuk karangan ejaan yang betul ialah "Musim Buah-buahan di Kampung Saya" dan jika sebagai ayat biasa "musim buah-buahan di kampung saya", di ialah kata sendi nama dan mesti ditulis dengan huruf kecil.Ejaan28.02.2010
Selamat sejahtera. Adakah ayat -ayat di bawah betul? 1. Kebaikan buah-buahan ialah membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 2. Kebaikan buah-buahan ialah dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 3. Kebaikan buah-buahan adalah membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 4. Kebaikan beratur ialah mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 5. Kebaikan beratur ialah dapat mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 6. Kebaikan beratur adalah mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1Buah-buahan dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit.
2. Beratur dapat mengelakkan murid-murid daripada berebut-rebut sehingga menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Tatabahasa21.07.2024
Salam sejahtera, Yang manakah antara ayat ini betul: 1. Ali meletakkan buah-buahan di atas meja. @ 2. Ali meletakkan buah-buahan ke atas meja.Ayat yang betul ialah "Ali meletakkan buah-buahan di atas meja".Tatabahasa20.04.2014
1. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke karnival buah-buahan tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. 2. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. Ayat yang mana satukah yang betul? Boleh berikan penerangan sama ada "karnival buah-buahan tempatan" merupakan kata nama am atau khas. Terima kasih.

Kata nama khas terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Karnival Buah-buahan Tempatan tergolong dalam kata nama khas tak hidup dan menggunakan huruf besar pada pangkal setiap perkataan.

Ayat yang betul ialah "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 84 – 85.

Tatabahasa17.07.2024
1) Perkataan berganda contoh ( Buah-buahan Tempatan Malaysia ) atau ( Buah-Buahan Tempatan Malaysia ) - sama ada huruf b yang kedua itu ( b - huruf kecil atau B huruf besar) - sama juga seperti Penasihat Undang-Undang. huruf u yang kedua itu huruf besar atau huruf kecil. 2) Perkataan negeri. di tulis dengan huruf kecil atau besar. - Kalau Negeri Melaka. perkataan negeri itu di tulis dengan huruf besar. - kalau negeri sahaja tanpa diikuti dengan nama khas. Adakah ia juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955

1) Perkataan kedua dalam kata ganda ditulis dengan huruf kecil seperti contoh Buah-buahan Tempatan Malaysia, begitu juga dengan Penasihat Undang-undang.

2) Perkataan negeri ditulis dengan huruf kecil seperti negeri-negeri di Malaysia dan negeri Melaka kecuali nama yang telah diwartakan seperti Negeri-Negeri selat (kata gandanya hururf besar dan negeripun huruf besar).

Ejaan24.12.2011
Antara dua ayat berikut, ayat manakah yang betul? 1. "Adakah oren buah-buahan tempatan atau luar negara?" 2. "Oren adalah buah-buahan tempatan atau luar negara?" Saya perlu tahu kerana ayat ini digunakan untuk buku aktiviti yang akan diberikan kepada budak-budak sekolah. Sekiranya salah apakah ayat yang betul untuk membawa maksud yang sama seperti diatas? Harap pihak tuan dapat memberi maklum balas segerea. Terima kasih. :)

Ayat yang betul ialah  “Adakah oren buah-buahan tempatan atau luar negara?"

Tatabahasa09.09.2021
12345

Kembali ke atas