Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buaian] | بواين

Definisi : 1. tempat tidur anak kecil yg boleh diayun atau tempat kanak-kanak berayun, ayunan; 2. bandul loceng; ~ digoncang, anak dicubit prb menyelimuti perbuatan (maksud) yg jahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buaian] | بواين

Definisi : tempat tidur atau tempat duduk yg dpt diayun-ayunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaian

Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt tuan, Betulkah penggunaan kata arah dalam ayat di bawah. 1. Imran berbaring dalam buaian di tepi pantai sambil membaca majalah. ATAU 2. Imran berbaring di atas buaian di tepi pantai sambil membaca majalah. Sekian, terima kasih.

Kedua-dua ayat itu betul dan perlu disesuaikan dengan konteks ayat. Jika yang dimaksudkan ialah buaian yang di dalam kain/jarang maka ayat pertama adalah yang tepat dan begitulah yang sebaliknya.

Tatabahasa28.09.2011
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
Apakah maksud hayunan?

Perkataan 'hayunan' tidak wujud dalam bahasa Melayu. Mungkin berlaku kesilapan mengeja perkataan tersebut dan mungkin juga saudari keliru antara 'hayunan' dengan 'ayunan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, ayunan bermaksud buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi), 2. gerakan berbuai, buaian jam. 3. gerakan mengayun (tangan dll), 4. penghumban. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna08.09.2008
Saya ada 2 soalan nak tanya: 1)Adik kecil saya tertidur di dalam buaian. 2)Bolehkah kamu terangkan mengapa kamu asyik bermuram sahaja sejak belakangan ini dan apakah yang dapat saya lakukan untuk membantu kamu? Adakah 2 soalan tersebut salah?Jika salah,tolong beri jawapan yang betul.Terima KASIH.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa28.01.2012
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pasar raya ini asak dengan orang ramai. 2. Saya suka berayun di atas buaian pada waktu senja. 3. Bandul jam ini beroleng-oleng tanpa hentinya. Terima kasih.Dari segi makna kata dalam ketiga-tiga ayat itu betul. Walau bagaimanapun kita jarang menggunakan perkataan asak bai maksud sesak dan padat dan begitu juga dengan perkataan beroleng-oleng. Kita lebih biasa dengan perkataan bergoyang-goyang bagi maksud beroleng-oleng.Tatabahasa09.07.2012
Salam, Mohon keterangan lanjut tentang perbezaan penggunaan kepada dan pada. Terima kasih.

Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka.

Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Sendi Nama Pedoman Bahasa.

Lain-lain15.02.2010

Kembali ke atas