Apakah perbezaan antara temu bual, temu ramah dan wawancara? Terima kasih atas nasihat anda. | Temu bual sama maksudnya dengan temu ramah dan wawancara, lihat bual">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=temu+bual. | Makna | 17.11.2014 |
salam pihak kndbp, sy ingin bertanya mngenai frasa temu bual dan temu ramah. adakah kedua memberi maksud yang sama atay berbeza? sy ada terjumpa di mana kedua2 frasa tersebut digunakan dalam 2 situasi berbeza. temu bual utk tnya perihal masalh yg berlaku, manakala temu ramah pertanyaan mengenai hal peribAdi. cth; wartawan itu sedang menemu ramah pelajar cmerlang. wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut. sekian, terima kasih. | Wa alaikumussalam. Perkataan temu bual dan temu ramah mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam situasi yang sama. Tidak ada penggunaan khas untuk situasi berbeza. Maksud temu bual ialah temu ramah seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat: "pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab (seperti antara pemberita dengan tokoh politik); temu ramah; wawancara. bertemu bual bersoal jawab untuk mendapatkan berita dan sebagainya (seperti antara pemberita dsngan tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. menemu bual menyoal seseorang (sepertt tokoh politik) untuk mendapatkan berita dan sebagainya; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yang menemu bual; penemu ramah; pewawancara. | Istilah | 27.02.2017 |
maksud bagi Bual Bicara? | Kalau dilihat dari sudut kata, bual bermaksud: borak. Manakala bicara pula bermaksud: pendapat, fikiran, akal budi, muslihat dll. Frasa 'bual bicara' pula membawa maksud: perbincangan mengenai sesuatu pendapat atau buah fikiran. | Makna | 23.04.2009 |
adakah "berbual-bual" boleh dikategorikan sebagai frasa kerja? atau hanya sebagai kata kerja? | Kata berbual-bual ialah kata kerja dan boleh berfungsi sebagai frasa kerja contohnya "kami berbual-bual" | Tatabahasa | 13.01.2020 |
Yang manakah adalah betul ? 1. Penny dan kawannya menduduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 3. Penny dan kawannya berbual-bual dengan mesra sambil menduduk di atas kerusi. | 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra | Tatabahasa | 02.03.2019 |
Salam pihak DBP, sy ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan Temu bual dan temu ramah adakah perkataan ini digunakan untuk situasi yang berbeza, cth; temu bual untuk menanyakan situasi kepada saksi, manakala temu ramah untuk menanyakan peribadi org yang ditemu ramah Wartawan itu sedang menemu ramah pelajar terbaik itu mengenai resepi kejayaannya wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut terima kasih | Temu bual sama maksudnya dengan temu ramah | Makna | 14.03.2017 |
adakah temu bual kata ganda berima atau kata majmuk? | Temu bual merupakan kata majmuk. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Sekiranya kami menjemput seorang sahaja tamu (VVIP) untuk menjadi orang yang berucap dalam satu Program Bual Bicara, apakah kata nama yang sesuai untuk beliau? adakah kata nama Pembual Bicara itu tidak sesuai? atau Panel? atau Tamu Bual Bicara? Pengucap Utama ? Terima kasih | Tetamu dalam program bual bicara masih digelar tetamu dan jika seorang VVIP yang diundang lazimnya yang diuar-uarkan sebagai tetamu istimewa. | Istilah | 12.04.2013 |
Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda。 Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Ayat "Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda." adalah betul. | Tatabahasa | 10.05.2014 |
Yang manakah ejaan yang betul? 1. temu bual 2. temubual Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah ‘ temu bual’. | Ejaan | 30.10.2014 |