Adakah semua perkataan yang terdapat dalam kamus DBP boleh digunakan dalam pembinaan ayat. Contohnya, Budak itu sedang pangsai di tandas. Maksud pangsai (loghat Cina) ialah buang air besar. | Sdr. Ooi, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Walaupun perkataan pangsai ada tertulis di dalam kamus seperti rujukan yang Sdr. nyatakan, namun ia dinyatakan sebagai bahasa percakapan dalam bahasa Cina. Oleh yang demikian dalam urusan rasmi perkataan itu tidak boleh digunakan. | Makna | 14.04.2009 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan sama ada frasa masalah sembelit adalah betul atau salah. Adakah sembelit boleh dikatakan sebagai masalah? Terima kasih. | Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, sembelit ialah sukar buang air besar, sukar ke sungai besar. Masalah sembelit - frasa yang betul kerana sembelit mendatangkan masalah kesakitan atau kesukaran kepada manusia. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
mana satu kah ejaan yang betul qadak atau qada | Kedua-dua perkataan tersebut ada dalam bahasa Melayu. Qadak dan qada ialah kata serapan daripada bahasa Arab namun berbeza maknanya. Qada bermaksud: menggantikan (mencukupkan, membayar) fardu yg ketinggalan; ~ puasa berpuasa utk mencukupkan (membayar) puasa yg tertinggal; ~ hajat (besar) buang air (besar). Qadak bermaksud: sesuatu yg berlaku ke atas makhluk semasa hidupnya; hukum atau takdir Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 06.08.2018 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air. Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas. | Makna | 12.10.2012 |