[Keadaan ini memberi/memberikan tamparan hebat buat warganegara Malaysia.] Bagaimana untuk membezakan penggunaan imbuhan mem- dan mem-...kan? | Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 23.01.2024 |
saya di faham kan untuk meletak sign board di depan pintu pejabat saya perlu kelulusan DBP. macam mana say nak buat untuk mendapat kelulusan tersebut? sign board hanya ada logo & nama syarikat | Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Sila muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.
| Lain-lain | 11.12.2024 |
Salam sejahtera buat tuan, Saya cuma ingin bertanya mengenai beberapa kemuskilan yang selalu mengelirukan saya. Betulkah perkataan daripada kata abjektif tidak boleh ditambah dengan imbuhan di...kan? contohnya, dibesarkan, diperkasakan dll. Bolehkah tuan memberikan beberapa contoh untuk rujukan saya. Keprihatinan tuan untuk menjawab soalan saya, saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-...-an, contohnya kedinginan, kemelayuan. Tidak ada contoh apitan di-...-kan untuk kata adjektif. | Tatabahasa | 05.09.2008 |
Salam,maaf tanya,sis nak tau info lanjut berkenaan ISBN Sis di beritahu oleh pihak sekolah Penulisan Ramadan anjuran saudara Mr Zamri Presiden myMove,,,, Ringkas ayat sis nak tahu bolehkah konten dan idea blogging sis dalam blog koleksi ubat di freedengkiblog.net berupaya di bukukan,atau ebook kan atau buat magazine yang boleh di print dan di jual,sis belum siapkan manuskrip koleksi blog,masih dalam try and adjust,,bagaimana proses selanjutnya,, ,,Sekian,,Terimakasih | Salam sejahtera puan, Maklumat berkenaan dengan penerbitan manuskrip/karya. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa, sebarang pertanyaan berhubung dengan penerbitan karya/manuskrip dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah menghubungi melalui talian telefon dan e-mel agar dapat memperoleh maklumat yang lebih terperinci daripada pegawai yang terlibat dengan hal-hal penerbitan seperti maklumat yang berikut: Rusdi bin Abd Rahman, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 13, Menara DBP, Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479431 013-3607426 e-mel: rar@dbp.gov.my Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2020 |
Saya buat Signboard office untuk Agensi Pelancongan. Sekarang Agensi Pelancongan disuruh tukar kepada Khidmat Pengangkutan. Macam mana kalau saya jual pakej pelancongan sahaja tanpa perkhidmatan pengangkutan? Apa ligiknya? Saya pun tak paham. Kan agensi pelancongan merangkumi semua servis yang cover dalm industri ini? | Adakah tuan maksudkan berkenaan dengan perkhidmatan DBP Sah Bahasa? Jika ya, sila salurkan persoalan tersebut berserta dengan nombor pendaftaran iklan melalui portal dbpsahbahasa.my (Aduan) atau hubungi talian 03-21479100/9200.
| Lain-lain | 13.12.2024 |
Aini Ibrahim JUM 1.11 PTG Salam! Kami amat-amat memerlukan khidmat PPRM untuk buat kerja sekarang. Sudah offline sejak semalam. Minta tolong online kan balik. Terima kasih! | Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Laman PRPM boleh dilayari semula mulai 21 Mei 2017. | Lain-lain | 19.05.2017 |
saya ingin meminta kelulusan iklan ini untuk di naik kan di hadapan kedai saya | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan). Sila buat bayaran setelah pendaftaran permohonan berjaya dan permohonan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. Sila buat pembetulan berikut pada visual iklan: DIMILIKI OLEH: XXX (rapatkan titik bertindih dengan perkataan sebelumnya) | Lain-lain | 27.10.2021 |
Pautan untuk koleksi soalan-soalan khidmat nasihat DBP dah hilang. Mana letaknya pautan yang terbaru? Kalau ada, tak perlulah saya tanya banyak kali dan tunggu 2 hari kan? | Medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini. | Lain-lain | 16.08.2011 |
1. Bagaimana kaedah tepat untuk menggunakan "di" ada ketika "di" pada perkataan ditulis rapat. Ada kala "di" pada perkataan di tulis jarak. 2. Bagaimana untuk saya minta seseorang itu faham yang tugasan itu mesti buat . Agar individu yang mendengar arahan tidak rasa seolah di arah . Contoh : " Cikgu, tolong segera kan tugasan yang diamanahkan pada cikgu" @ " Cikgu, tolonglah gerak, jangan tunggu saya cakap,masing masing faham tugas sendiri" atau ada istilah lebih lembut dan sedap di dengar. | 1. Di- ditulis rapat diikuti dengan kata kerja. Dalam hal ini bentuk ayat ialah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif di-. Contohnya: Barang itu sudah diambil oleh Ali. Di- sebagai sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah. Contoh di hadapan kata nama: Saya bekerja di pejabat itu. Contoh dihadapan frasa nama: Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura. 2. Tidak semestinya kita menggunakan ayat yang bermaksud tolong segera buat atau bertindak. Boleh juga menggunakan ayat yang meminta hasil atau pencapaian kerja yang telah dibuat. | Makna | 20.04.2011 |
Sila jelaskan makna kata kerja terbitan dan berikan contoh-contoh kata kerja terbitan. Terima kasih . | Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu: 1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi. 2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi. 3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi. 4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69. | Tatabahasa | 30.07.2015 |