Mohon bantuan tuan, apakah maksud peribahasa berikut 1. Belum dicakap, sudah tahu 2. Dapat emas ditempat gelap 3. Di laut jadi buaya, di darat jadi harimau 4. Elok dicontohi, buruk diketepi 5. Gulai sedap, nasi basi terima kasih | Peribahasa Gulai sedap, nasi basi (Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah) bermaksud "perbuatan yang tidak sempurna" (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu : halaman 76). Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema. | Sastera | 04.09.2024 |
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ya, mohon pihak tuan membantu saya membetulkannya. 1)Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2)Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4)Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5) Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Adakah perkataan menyungai dalam ayat di bawah sesuai digunakan? 1) Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. Apakah jawapan yang paling tepat bagi tempat kosong di bawah kerana jawapan yang diberikan hampir sama. 1) Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. A) hiruk-pikuk B) riuh-rendahr C) hingar-bingar D) gegak-gempita | 1. Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2. Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3. Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4. Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5. Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Ayat-ayat di atas betul. 6. Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. 7. Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. Hingar bingar sama maksudnya dengan hiruk-pikuk, riuh-rendah dan gegak-gempita. | Tatabahasa | 14.04.2015 |