Adakah kosa kata banyak budak-budak adalah betul dari segi tatabahasa? | Banyak budak-budak lewah dari segi tatabahasa | Tatabahasa | 04.11.2021 |
Apakah perbezaan bagi penggunaan istilah "budak-budak", "anak-anak" dan "kanak-kanak" dalam sesuatu konteks yang tertentu? | Konteks penggunaan "kanak-kanak" dipecahkan kepada konteks makna Undang-undang dan makna umum. Makna umum "kanak-kanak" luas kepada sinonim kata "budak-budak" dan "anak-anak" dalam bilangan jamak (lebih daripada seorang). Lazimnya kesesuaian untuk memilih antara ketiga-tiga perkataan lebih sesuai dalam gaya percakapan biasa atau bukan laras bahasa tinggi. Sebagai contoh ketiga-tiga perkataan boleh disetarakan dalam ayat: Mereka masih kanak-kanak yang belum mengerti hakikat hidup ini. Mereka masih anak-anak yang belum mengerti hakikat hidup ini. Mereka masih budak-budak yang belum mengerti hakikat hidup ini. Tidak sepatutnya menukar ganti "kanak-kanak" dengan mana-mana kata lain tadi dalam contoh penggunaan seperti: Novel kanak-kanak terbitan DBP. taman asuhan kanak-kanak Hari Kanak-kanak Sedunia Untuk perincian takrif "kanak-kanak", "budak-budak" dan "anak-anak", sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 09.07.2025 |
budak-budak itu lari_______apabila disergah oleh orang tidak siuman itu. A tuanggang-langgang C lintang-pukang (tuan, jawaban c. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama, mengapakah A tidak boleh diterima. TQ) | Kedua-dua jawapan lari 'tunggang-langgang' dan 'lintang-pukang' mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam ayat ini. | Makna | 22.08.2011 |
Hai saya nak tanya suku kata untuk pembelajaran budak- budak untuk perkataan ( persiapan, kuali dan ialah ) dia macam mana ya sebab bila saya tengok kat google image dengan laman web rujukan bahasa melayu ni lain yang sebelah huruf jawi tu.. Saya amat berharap sangat pihak tuan dapat balas secepatnya tujuan QC saya .. Terima kasih | Pemenggalan suku kata bagi perkataan yang berikut: 1. per.si.ap.an 2. ku.a.li 3. ia.lah | Ejaan | 10.05.2021 |
Mengapakah budak-budak tidak boleh ditukar menjadi kata ganda separa? | Melalui carian di internet ada ditemukan penggunaan kata "bebudak". Walau bagaimanapun, penggunaan tersebut bukan dalam konteks rasmi. Budak bermaksud anak atau kanak-kanak. Dalam konteks rasmi, pengguna bahasa lebih banyak menggunakan perkataan anak-anak dan kanak-kanak. | Tatabahasa | 06.10.2024 |
Kesalahan ayat | Ayat 1, 2 dan 3 adalah gramatis, ayat 4 dibetulkan menjadi Budak-budak itu menjolok buah mangga yang masak dengan galah, dan ayat 5 juga adalah betul. Untuk ayat 6 hingga 150 sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk binaan ayat. Lihat juga aspek pembentukan kata bagi emastikan kata terbitan yang digunakan adalah betul. | Tatabahasa | 28.06.2012 |
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling. | Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Saya ingin tahu yang manakah betul sekiranya saya ingin memecahkan suku kata untuk perkataan-perkataan berikut: (perkataan-perkataan berikut akan diajar kepada budak-budak prasekolah) 1) ra.di.o ATAU ra.dio 2) ci.um ATAU cium 3) pe.ri.uk ATAU pe.riuk 4) ti.ung ATAU tiung 5) ti.up ATAU tiup 6) di.a ATAU dia 7) du.ri.an ATAU du.rian 8) si.a.pa ATAU sia.pa 9) a.ir ATAU air 10) ba.u ATAU bau 11) da.un ATUA daun Terima Kasih | Pemecahan (pemenggalan) suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemecahan sebutan). Pemecahan suku kata bagi senarai yang tuan berikan adalah seperti yang berikut: (1) ra.di.o (2) ci.um (3) pe.ri.uk (4) ti.ung (5) ti.up (6) di.a (7) du.ri.an (8) si.a.pa (9) a.ir (10) ba.u (11) da.un Sila rujuk Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP. | Tatabahasa | 13.08.2014 |
Apakah itu bahasa makian? | berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makian bermaksud kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu. | Istilah | 26.07.2010 |
maksud jenayah juvana, peraturan, komuniti, undang-undang dan akta mahkamah juvana 1974 daripada kamus dewan. | Juvenil ialah anak muda yang belum matang (mentah), atau yang lazim disebut ialah budak-budak. Oleh itu jenayah juvana merujuk perbuatan jenayah yang pelakunya terdiri daripada kalangan anak muda yang belum matang. Peraturan bermaksud segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan lain-lain) dan harus diturut atau dipatuhi. Komuniti bermaksud kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Undang-undang bermaksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Akta mahkamah juvana 1974 tidak membawa maksud lain selain daripada aktabtersebut. | Makna | 13.05.2009 |