saya ingin bertanya apakah objektif, ciri-ciri dan kepentingan bahasa dan budaya Melayu...kerana saya ingin membuat satu brosur mengenai kempen bahasa dan budaya Melayu... | Bagi membantu puan menyediakan brosur kempen bahasa dan budaya Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat - Bab 1 : Sejarah dan Variasi bahasa; juga buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar (DBP, 2008); atau rujuk laman sesawang DBP. | Lain-lain | 25.04.2010 |
Assalam. Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang nilai estetika dan budaya melayu yang terdapat dalam kisah sang kancil(kisah antara kerbau yang menolong buaya). 1)Boleh saya tahu gelaran apa yang dipanggil oleh sang bedal kepada kerbau? 2)boleh jelaskan apakah lagi nilai estetika budaya melayu yang ada dalam kisah tersebut? Maksudnya dari segi Penggunaan bahasa, gelaran, nasihat, pantun dan sebagainya. Saya sertakan pautan video sebagai rujukan. https://youtu.be/pExyx45R4Us | Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan berhubung dengan pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, iaitu Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui e-mel syaidul@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Penyelidikan | 27.07.2023 |
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan? | Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran). Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.) | Sastera | 22.06.2018 |
Seperti berkepil. | 1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari. | Makna | 27.12.2006 |
Apakah kata ganti nama kedua yang sesuai digunakan seorang anak kepada ibu bapanya semasa bercakap? | Dalam budaya Melayu tidak ada kata ganti nama kedua yang digunakan oleh seorang anak apabila bercakap dengan ibu bapanya. Panggilan yang biasa digunakan ialah ibu dan ayah. | Lain-lain | 06.05.2023 |
Anda dikehendaki menyediakan 5 contoh kata aluan dr 5 org yg berbeza bagi program tersebut : Persidangan bahasa dan sastera Kolokium sejarah, bahasa dan budaya melayu. Boleh tak tlg bg contoh kata aluan bg program tersebut. | Untuk makluman puan, sebelum membuat kata alu-aluan, puan hendaklah mengetahui tetamu jemputan. Setiap tetamu mempunyai kata sapaan yang tersendiri yang bersesuaian dengan pangkat. Puan boleh merujuk lama sesawang prpm.dbp.gov. my untuk carian kata sapaan/alu-aluan yang bersesuaian dengan pangkat tetamu tersebut. | Tatabahasa | 06.11.2013 |
Adakah terjemahan dibawah boleh diterima? The Subtle Art Of Not Giving A Fuck - Sebuah seni untuk bersikap tidak ambil peduli. Terima kasih. | Dalam konteks dan budaya Melayu secara khususnya dan Malaysia secara amnya tidak wujud “satu seni” untuk tidak mempedulikan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut mengandungi unsur tabu seperti mencarut dan hal yang berunsurkan kelucahan, jika wujud pun, hal sedemikian akan wujud secara “berselindung”, disampaikan secara berkias atau dianggap sesuatu yang kasar. Merujuk kepada The Subtle Art Of Not Giving A Fuck frasa ini boleh ditafsirkan “tidak peduli” atau “tidak kisah”. | Lain-lain | 11.04.2022 |
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih. | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah ; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Tatabahasa | 28.10.2012 |
Luqman Abd HamidView Profile Actions 12:56 Luqman Abd Hamid Luqman assalamualaikum , saya luqman seorang peminat budaya melayu.. bolehkah tuan masukan email saya dlm mailing list untuk sebaran program DBP? saya sering terlepas wacana wacana yg menarik misalnya wacana pagi ini .. | Waalaikumussalam, Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan minat tuan dalam program-program yang dianjurkan pihak kami. Untuk makluman tuan, tuan boleh mengikuti Facebook Rasmi kami, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini program-program yang akan kami anjurkan misalnya program "Wacana Naskhah Kesultanan Melayu" yang tuan maksudkan. Terima kasih. | Lain-lain | 27.10.2016 |
dalam bm terdapat pelbagai cara utk mengungkapkan 'kematian'. selain drpd perkataan 'mati', apakah eufemisme dlm bahasa, masyarakat dan budaya melayu yg digunakan utk mengungkap perkataan tersebut? bolehkan tuan/puan sertakan cadangan artikel atau buku tentang eufemisme. | Perkataan yang sama erti dengan mati atau kematian ialah meninggal dunia. Eufemisme ialah ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. Untuk mendapatkan buku berkenaan perkara tersebut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan yang berdekatan. | Makna | 09.08.2008 |