Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong | Merujuk makna 'pelopor' ialah orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati fokus dan kandungannya. Berdasarkan tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan. Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Tuan yang budiman, apakah maksud i) Context clues ii) Structural analysis = analisis strukturan? iii) prefixes. iv)Suffixes, v)root words = kata dasar? vi) compound word vii) syllables = suku kata? Terima kasih :) | Terjemahan perkataan yang tersebut ialah: i) Context clues - petunjuk konteks; ii) Structural analysis = analisis struktur; iii) prefixes - awalan; iv) Suffixes - akhiran v) root words - kata dasar; vi) compound word - kata majmuk; dan vii) syllables - suku kata. | Istilah | 12.10.2011 |
Salam sejahtera, Mint beri beberapa contoh kata imbuhan asing akhiran "-man" dan "-nita" memandangkan apa yang saya lihat selalu cuma ada "budiman, seniman dan biduanita". Terima kasih. | Penggunaan imbuhan asing seperti nita dan man kurang produktif digunakan dalam bahasa Melayu.Beberapa perkataan tersebut seperti seniman, budiman, biduanita dan karyawanita. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 05.09.2013 |
salam Tuan yang budiman, apakah maksud "Sight words" dalam bahasa Melayu? terima kasih | Dalam bidang pendidikan sight words diterjemahkan kepada kata pandang seperti dalam istilah sight word recognition diterjemahkan kepada pengenalan kata pandang. | Istilah | 12.10.2011 |
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:) | Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah: a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran.
| Tatabahasa | 28.02.2012 |
Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. | Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
contoh perkataan yang berakhir dengan inbuhan man dan nita | Contoh perkataan yang berakhir dengan imbuhan 'man' ialah seniman dan budiman. Manakala contoh imbuhan berakhiran 'nita' ialah biduanita. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 16.06.2009 |
boleh e-mailkan saya contoh karangan fakta berkaitan persekitaran bebas rokok ? | Sila rujuk bahan inji :1. Larangan merokok di sekolah :apa sumbangan kita ? Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1997 2. Kesan dan bahaya merokok Dewan Masyarakat 01/10/1998 3. Implikasi larangan merokok Abdul Ghani Awang Dewan Masyarakat 01/10/1994 4. Menghapuskan tabiat merokok Siti Khalijah Mahamud Dewan Siswa 01/01/1995 . 5.Kempen Antimerokok Ismail Restu Dewan Sastera 01/04/2004 | Lain-lain | 28.07.2007 |
Saya ingin mendapakan maklumat tentang bahasa rasmi, pengantar, komunikasi, ilmu ,kebangsaan | Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi | Armin Azhari Saleh | Pelita Bahasa | 01/08/1999 Dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan | Ainon Muhammad | Dewan Bahasa | 01/02/1985 Bahasa Melayu dan Bahasa Pengantar Sekolah | Budiman">Hasan Baseri Budiman | Pelita Bahasa | Budiman">01/07/2002 Bahasa Malaysia bahasa komunikasi semua kaum | Wardati Md Sheriff | Pelita Bahasa (Sisipan) | 01/10/1990 Bahasa Melayu bahasa komunikasi luas | Asiah Idris | Pelita Bahasa | 01/12/199 Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu | Abdul Hamid Mahmood | Jurnal Dewan Bahasa | 01/07/1990 Bahasa Melayu Bahasa Ilmu | Mohd Yusof Othman | Pelita Bahasa | 01/01/2000 Bahasa kebangsaan dalam pendidikan, antara matlamat dan cabaran | Zakaria Sungib | Massa | 01/02/1983 | Lain-lain | 17.04.2008 |
Mana yang tepat, Istiadat Pengisytiharan Pro-Canselor atau Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor | Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor yang tepat. Perisytiharan bererti pengumuman, pemakluman, pernyataan, atau pemasyhuran. Pengisytiharan ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Contoh: Mereka berkumpul di dalam Dewan Budiman untuk menyaksikan Istiadat Perisytiharan Pro-Chanselor. Pengisytiharannya sebagai Pro-Canselor Universiti …disambut baik oleh sekalian warga universiti tersebut. | Makna | 05.05.2011 |