| Assalamualaikum, Saya ada persoalan tentang penggunaan dalam/di dalam. Sebagai editor BM, saya sedia maklum bahawa "di dalam" seharusnya digunakan untuk sesuatu yang ada ruang, tempat, dan masa. Walau bagaimanapun, bagi sesuatu yang kelihatana seperti ada ruang/tempat tetapi sebenarnya ruang/tempat tersebut adalah abstrak/tidak maujud, bagaimana pula? Contoh: "Buffer" ialah ruang dalam/di dalam memori komputer yang membolehkan data disimpan buat sementara. "Bug" ialah kepincangan dalam/di dalam program komputer yang menyebabkan kesilapan berlaku. ... simbol yang digunakan dalam/di dalam suatu senarai seperti -, +, @ dalam/di dalam perisian seperti PowerPoint. | Sekiranya merujuk kepada ruang yang abstrak atau tidak maujud, kata sendi yang betul dan sesuai ialah dalam. | Tatabahasa | 29.02.2012 |