Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ju.kan]/[bu.ju/.kan] | بوجوقن

Definisi : pujuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ju.kan]/[bu.ju/.kan] | بوجوقن

Definisi : kata-kata manis utk meyakinkan seseorang (terutama utk memikat hati, menipu dsb); rayu; pujuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bujukan

Peribahasa

Mati semut kerana gula (= manisan).

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang di maksudkan dengan " Bujukan "

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain07.02.2011
Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" atau "pre-suasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Jika tidak, bolehkah pihak DBP memberikan cadangan perkataan lain? Terima kasih.Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu.

Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada.
Lain-lain19.05.2018
Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Terima kasih.Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu.

Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada.  

 

Makna19.05.2018
Adakah kesalahan dalam perenggani ini? Pertama sekali,ibu bapa ialah punca utama remaja terjebak dalam isu buli.Kebanyakkan ibu bapa pada era globalisasi ini bekerja dan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.Kekurangan kasih sayang daripada menyebabkan anak-anak memerlukan perhatian.Oleh itu,mereka membuli pelajar lain seolah-olah untuk mendapat perhatian orang lain.Selain itu,ibu bapa yang sering bergaduh dan keluarga berpecah-belai juga merupakan antara faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli.Ibu bapa antara punca utama remaja terjebak dalam isu buli. Kebanyakan ibu bapa pada era globalisasi ini bekerja dan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Kekurangan kasih sayang daripada menyebabkan anak-anak memerlukan perhatian. Selain itu, ibu bapa yang sering bergaduh dan keluarga berpecah-belah juga merupakan antara faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku Bujukan Bahasa Melayu dan Dewan.
Tatabahasa28.09.2015

Kembali ke atas