Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buka 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1."Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu tertpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat terpanah petir. Adakah ayat-ayat di atas gramatis. Kalau ayat itu salah sila tunjukkan kesalahannya. terima kasih.Ayat yang betul ialah 1."Sila buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim atau "Buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat dipanah petir.Lain-lain13.08.2010
Apakah Istilah TMK bagi perkataan berikut: 1. on dan off computer 2. headphone

1. buka dan mati(kan) komputer

2.fonkepala 

Makna01.10.2009
how to print ths sijil that already lulusUntuk mencetak Sijil Pengesahan Bahasa DBP, (1) sila buka laman web DBP http://prpm.dbp.gov.my; (2) Klik “e-perkhidmatan”; (3) Klik “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”; (4) Ruanga “daftar masuk” akan tertera. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan lihat senarai permohonan. (5) Klik no.kelulusan dan sijil Pengesahan DBP akan tertera. (6) klik ikon cetak untuk mencetak Sijil Pengesahan DBP. Lain-lain05.06.2014
Selamat pagi,saya nak tanya macam mana boleh print sijil pengesahan bahasa ?Untuk mencetak Sijil Pengesahan Bahasa DBP, (1) sila buka laman web DBP http://prpm.dbp.gov.my; (2) Klik e-perkhidmatan; (3) Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP; (4) Ruanga daftar masuk akan tertera. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan lihat senarai permohonan. (5) Klik no.kelulusan dan sijil Pengesahan DBP akan tertera. (6) klik ikon cetak untuk mencetak Sijil Pengesahan DBP. Lain-lain25.06.2014
Bagaimanakah menggunakan konkordans untuk sesuatu perkataan dalam laman ini?Bolehkah pihak tuan menyatakan langkah-langkah penggunaan konkordans?

Puan Lizah,

Langkah 1. Sila buka www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php dan klik pautan di 'Korpus Bahasa Melayu'.  2. Sila klik 'setuju' untuk pergi ke skrin seterusnya. Jika 'tidak bersetuju' pengguna akan dipautkan ke Laman Khidmat Nasihat Bahasa.   Sila ikut arahan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk panduan yang disertakan melalui alamat e-mel saudara.

Lain-lain03.07.2009
Apakah terjemahan perkataan-perkataan di bawah dalam bahasa melayu untuk istilah teknologi? 1) Zoom in 2) Zoom out 3) setting - tetapan? 4) background selection 5) open - buka 6) hide - sembunyi? 7) help - tolong @ bantuan? 8) shortcut terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: 
1. zoom in - zum dekat
2. zoom out - zum jauh
3. setting - pengesetan 
4. background selection - pilihan latar belakang
5. open - buka
6. hide - sorok/sembunyi
7. help - bantuan
8. shortcut - pintas
Istilah14.03.2013
Ingin tanya mengenai menterjemah dokumen saya dari bahasa malaysia kepada english. Soalan berikut: 1) Adakah DBP memberi servis berikut? 2) Berapa caj untuk servis penterjemaahan? 3) Apakah waktu buka & tutup bahagian penterjemahan? 4) Servis 'Certified True Copy' juga diperlikan untuk penterjemahan. Adakah servis disediakan? Berapa caj? Terima Kasih.Kami tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian sama ada secara percuma atau tidak. Jika saudara memerlukan perkhidmatan tersebut, saudara bolehlah menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (21424381) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (41497210)tetapi saudara perlu membayar kos penterjemahan tersebut.Lain-lain02.06.2008
Mohon semak ayat-ayat berikut: Bahasa Melayu - Buka pendaftaran 7 hari seminggu Bahasa Inggeris - 7 days a week registration ayat-ayat di atas adalah untuk iklan suratkhabar. Terima kasih.

Ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut:1">

Pendaftaran dibuka 7 hari seminggu.
Penyemakan dan penterjemahan06.06.2017
Tuan, 1."melawat" perlu diikuti dengan "ke' atau tidak? cth: melawat zoo/melawat ke zoo 2."oleh kerana' bolehkah digunakan sebagai kata hubung atau tidak? 3. "mengenai"/"mengenai dengan" boleh digunakan sebagai kata sendi atau tidak? 4. tahun baru atau tahun baharu? apakah perbezaan antara :baru" dan "baharu? sekian terima kasih. yang benar lui lep ming

1. Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, cotohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, contohnya: melawat ke Zoo Negara. 2. Penggunaan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan salah, bentuk yang betulialah oleh sebab. Kata sendi nama "oleh" mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama sedangkan kerana buka kata nama tetapi kata hubung keterangan. 3. Mengenai bukan kata sendi tetapi tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. 4. Kata baru dan baharu, kedua-duanya sama makna dan boleh digunakan.

Tatabahasa14.05.2008
Apakah beza tebatan dan tambatan banjir. Yang manakah sesuai tebatan banjir atau tambatan banjir?Istilah yang betul ialah "tebatan banjir".  Perkataan tambatan tidak sesuai untuk banjir kerana maksud tambatan ialah: 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian mem­buka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih;Makna19.10.2014
12

Kembali ke atas