Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Adakah penggunaan kata nafi "bukan" pada ayat berikut adalah betul? Ayat: Pak Mail bukan pesara polis tetapi pesara guru. Terima kasih.Penggunaan kata nafi “bukan” dalam ayat “Pak Mail bukan pesara polis, tetapi pesara guru” betul.Tatabahasa12.08.2022
"Saya bukan membawa dadah tetapi susu tepung" kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. betul tak ayat ini???"Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. "Saya bukan membawa dadah, tetapi susu tepung," kata penumpang itu sewaktu ditahan polis.Tatabahasa03.06.2013
Yang mana satu subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah. ( i ) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. ( ii ) Sewaktu polis membuat pemeriksaan wang itu bukan dengannya. ( iii ) Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak dbenarkan masuk ke dewan peperiksaan. sekian, terima kasih.Subjek ialah perkara atau pelaku, manakala predikat ialah cerita atau huraian. Dalam ayat (i), Dia (Subjek) dan penerangnya ialah Predikat. Ayat (ii), Polis (Subjek) dan penerangnya ialah predikat. Ayat (iii), Mereka (Subjek) dan peenerangnya predikat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku  Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa20.09.2009
Mana yang tepat ayat berikut: 1. Saya bekerja / berkerja sebagai anggota polis. 2. Lawatan ke Air Terjun Madai / Air terjun madai 3. Kemaskini / kemas kini 4. Justeru itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atau justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih.Jawapan yang paling tepat seperti berikut:
1. Saya bekerja sebagai anggota polis
2. Lawatan ke Air Terjun Madai (nama tempat ialah kata nama khas)
3. Ejaan yang betul ialah kemas kini
4. Perkataan yang betul ialah justeru, bukan justeru itu
Tatabahasa04.08.2017
Polis trafik sanggup mengorbankan masa untuk mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.(kata hubung dalam ayat ini ialah "untuk" kenapa tidak menggunakan perkataan "demi"?)Demi ialah kata sendi nama dan hadir di hadapan kata nama, bukan kata hubung. Tatabahasa26.10.2021
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH.

Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul.

  

Tatabahasa28.06.2011
ibarat melukut di tepi gantang ialah peribahasa atau simile? peribahasa seperti aur dengan tebing hanya boleh digunakan utk hub kekeluargaan sahaja ke? cth :Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. betul ke?Peribahasa seperti aur dengan tebing bukan sahaja untuk hubungan kekeluargaan tetapi boleh digunakan seperti contoh yang diberikan, iaitu yang membawa maksud sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Seperti melukut di tepi gantang ialah peribahasa dan yang lengkapnya "Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi', bermaksud tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya.Lain-lain25.03.2010
Salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya mendapati bahawa terdapat frasa "pembunuh massal" dalam bahasa Indonesia, sebab itu saya tertanya-tanya sekiranya terdapat frasa yang hampir sama dalam bahasa Melayu, iaitu "pembunuh massa". Contoh konteks ialah: "Pihak polis akan menangkap pembunuh massa itu." Adakah frasa "pembunuh massa" sesuai dalam ayat tersebut? Saya pernah melihat "pembunuh beramai-ramai" digunakan, tetapi saya juga tidak pasti sekiranya ia adalah betul. Diharapkan Tuan/Puan boleh membantu. Terima kasih.Salam Sejahtera. Istilah "pembunuhan massal" dalam bahasa Melayu ialah "pembunuhan beramai-ramai". Umumnya, pembunuhan cara ini dilakukan bukan oleh seorang tetapi secara berkumpulan. Ayat contoh, "Pihak polis akan menangkap mereka yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai itu".Istilah13.07.2015
Salam sejahtera, tuan. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang. Ali terpikat oleh keindahan di Pulau Redang. 2. Banglo yang bertingkat dua itu tersergam indah di atas bukit. 3. Bunga telur ini bukan ditempah daripada Puan Zain tetapi Puan Salimah. 4. Dengan adanya Rakan Cop, masalah jenayah di kawasan ini dapat diatasi. 5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin yang memandu keretanya dengan laju. Terima kasih.

1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang.

2. Banglo dua tingkat itu tersergam indah di atas bukit.

3. Ayat nombor 3 betul

4. Ayat nombor 4 betul
5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin kerana memandu kereta dengan laju.

Tatabahasa19.08.2021
Saya terdengar dalam Radio Bernama 24 2-3 minggu lepas ttg penggunaan "ahli" yang merujuk kepada pakar dan bukan keanggotaan. Kalau ini betul, adakah ahli jawatankuasa atau AJK perlu dipinda kepada anggota jawatankuasa? Buku apakah yang boleh saya rujuk berkenaan perkara tersebut? Terima kasih SabaKata 'ahli' digunakan untuk menunjukkan mahir dalam sesuatu perkara seperti ahli muzik, ahli silap mata dan ahli fizik. Manakala bagi membawa maksud menyertai dalam sesuatu kumpulan atau bidang, lazimnya digunakan 'anggota' seperti anggota polis, anggota bulan sabit dan anggota kelab. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Kunci Bahasa Melayu oleh  Awang Sariyan, 1986, Sasbadi, halaman 147.Tatabahasa14.05.2010
12

Kembali ke atas