Adakah ayat di bawah gramatis? Perbelanjaan pulang ke kampung bukan sedikit. | Perbelanjaan pulang ke kampung bukan sedikit. Ayat ini betul. | Tokoh | 16.08.2015 |
tolong huraikan kepada saya tentang penggunaan kata banyak | banyak 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit; | Makna | 03.10.2007 |
Saya difahamkan bahawa perkataan "ramai" dan "banyak" boleh digunakan untuk manusia. Betulkah ayat ini : 1) Saya mempunyai ramai murid 2) Banyak orang mengunjungi taman itu Terima kasih | Banyak bermaksud bukan sedikit. Banyak dan ramai, kedua-duanya boleh digunakan untuk manusia. Kedua-dua contoh ayat adalah betul. | Tatabahasa | 25.11.2010 |
Tuan, saya agak keliru tentang penggunaan perkataan 'sedikit banyak' yang digunakan oleh beberapa penerbit buku di negara kita. Adakah penggunaannya betul, bukan 'sedikit sebanyak'? Begitu juga dengan penggunaan perkataan 'di sebalik kejadian itu' dan 'di balik kejadian itu'. Yang manakah paling tepat? Sekian, terima kasih. | Frasa sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya membawa makna lebih kurang. Oleh itu, tiada masalah dalam penggunaan frasa mana yang lebih digemari. Hal ini tidak sama bagi frasa di balik dan di sebalik. Di balik bermaksud di belakang, manakala di sebalik bermaksudĀ pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara. Frasa yang betul ialah di sebalik kejadian. | Tatabahasa | 27.11.2012 |
assalamualaikum. saya ingin bertanya mengenai beberapa perkara: 1. Saya keliru dengan penggunaan perkataan banyak dan ramai, boleh tolong jelaskan? 2. Adakah penggunaan perkataan 'secocok' diterima pakai dalam penulisan atau penyampaian rasmi bahasa Melayu? harap maklum. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata banyak bermaksud 1. bukan sedikit, tidak sedikit 2. bilangan, jumlah 3. sangat, sungguh. Sila rujuk halaman 127. Kata ramai bermaksud 1. riuh-rendah,hiruk-pikuk 2. sangat,hebat,dahsyat 3. sangat gembira,sangat meriah 4. aktif,giat,sibuk 5. banyak penghuninya 6. banyak(orang),orang banyak,umum. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1275. Kata secocok ada digunakan dalam penulisan rasmi. | Tatabahasa | 24.01.2008 |
Saya ingin tahu tentang penggunaan "banyak" dan "ramai" untuk orang. Kalau mengikut tatabahasa yang saya pelajari dahulu, banyak adalah untuk benda, ramai untuk orang, tetapai sekarang saya diberitahu banyak juga boleh digunakan untuk orang. Minta penjelasan. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan, maksud 'banyak' ialah bukan sedikit, tidak sedikit:contoh ayat banyak orang yg mempunyai cita-cita tinggi. 'ramai'. Maksud ramai pula ialah riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ramai, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ramai.Oleh hal yang demikian, kedua dua perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks penggunaannya. | Makna | 30.06.2009 |
Mohon pihak DBP berikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. Ayat & perkataan manakah yang betul? 1. bicara bukan SEBARANG bicara 2. dia bukan orang SEMBARANGAN Saya keliru untuk menggunakan perkataan SEBARANG, SEBARANGAN, SEMBARANG & SEMBARANGAN. | Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; sembarang bermaksud apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. Berdasarkan maksud yang diberikan kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
apa beza antara tidak dan bukan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; manakala bukan pula 1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; 2. utk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir ayat): ini bukumu, ~? ~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja); ~ buatan (kepalang, main) amat sangat; ~ logam unsur yg lain drpd logam. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 262. | Istilah | 21.10.2009 |
Banyak orang/Ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. ramai orang betul atau banyak orang betul? atau kedua-duanya betul? apa rasionalnya? | Banyak/ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. Banyak dan ramai kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Dalam Kamus Dewan, banyak sama makna dengan bukan sedikit, tidak sedikit seperti orang dan sebagainya. | Tatabahasa | 04.09.2008 |
slm sjtr. apakah perbezaan antara perkataan "tidak" dengan perkataan "tiada". dlm ayat atau gambaran macam mana perkataan ini digunakan. masalah yang sama dengan perkataan "baru" dengan "bharu"...... terima kasih atas pertolongan tuan. | Tidak bermaksud digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; Tiada bermaksud 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau bandingannya; dgn ~ tanpa; Baru/Baharu sebagai kata sifat dalam penggunaan kereta baru/baharu;rumah baru/baharu. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini atau saya baru sampai. | Tatabahasa | 20.03.2008 |