Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : apakah bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukankah

Puisi
 

Apa benda bunyi terdesar,
     Anak monyet berkejar-kejar;
Bukankah kucing guru yang besar,
     Harimau di hutan semua diajar?


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bukankah Bahasa Baku telah diarahkan supaya diberhentikan kegunaannya secara resmi, kenapa kini masih terdapat kegunaannya secara berleluasa oleh pihak TV, khanya penyampai berita di TV 3 dan TV1, kami berasa agak pedih telinga setiap kali terdengar bacaan yang anih dan pelik sama sekali bertentangan dengan dasar Kerajaan dalam Penggunaan Bahasa Malaysia yang betul. tolong beri nasihat, terima kasih.

Encik Wong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengenai arahan supaya bahasa baku diberhentikan penggunaanya, tidak pernah pula saya melihat arahan tersebut. Bagi saya penggunaan bahasa baku itu adalah baik kerana sebutan dibuat mengikut ejaan. Kalau  hendak dibandingkan dengan bahasa Perancis umpamanya lagi teruk. Ejaannya lain bunyinya lain. Cuma bagi saya semua itu 'alah bisa tegal biasa' -jika telah biasa kita gunakan tentu kita tidak menghadapi masalah untuk menyebutnya.

Tatabahasa25.02.2009
1. Bukankah telah kakak ingatkan... 2. Bukankah kakak telah ingatkan... Ayat yang manakah betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Bukankah telah kakak ingatkan...".Tatabahasa14.08.2013
Tuan, Soalan 1. Bukankah kata adjektif perasaan seperti cinta, marah perlu diikuti oleh kata "akan". Dalam T/B Dewan m/s 232, saya dapati ayat 83, Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya dan ayat 84, Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. Soalan ke-2 T/B dewan m/s 201 mengelompokkan kata bertangisan sebagai perbuatan antara dua pihak atau bersalingan. Bukakah lebih sesuai sebagai perbuatan berulangan, berterusan atau berpanjangan? Harap tuan dapat jelaskan. Soalan ke-3 Adakah kini penggunaan "ia" boleh merujuk kepada benda/perkara? Terima kasih.1. Kedua-dua ayat itu betul kerana Kata Adjektif tidak dapat diikuti Kata Nama, maka Kata Sendi Nama hadir selepas kata Adjektif bagi menghasilkan ayat yang gramatis.
2. Merujuk Kamus Dewan bertangisan bermaksud saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan. Oleh itu, maksud ini selaras dengan pengelompokan dalam buku Tatabahasa Dewan. 
3. Ia, boleh merujuk kepada benda/perkara yang dibicarakan.
Tatabahasa28.02.2012
adakah penggunaan 'mencukupi' betul? bukankah selepas tambahan 'me-i' sepatutnya kata nama. contoh: Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi. atau 'cukup' sahaja sudah mencukupi??kata kerja berimbuhan 'me-i' diikuti dengan kata nama; contohnya ... menghadiahi bunga ..., mencukupi bukan golongan kata kerja, oleh itu tidak terikat dengan hukum tersebut.  Ayat, "Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi" adalah betul.Tatabahasa17.04.2008
mengapa hantu penjodoh bilangannya seekor? bukankah hantu itu benda abstrak atau benda yang tidak dikenal pasti seperti angin.Penjodoh bilangan bagi hantu ialah ekor kerana hantu bukan manusia atau benda.Lain-lain09.03.2010
kenapa frasa 'membelikan baju' kurang tepat? Bukankah frasa ini bermaksud membuat sesuatu sepertimana frasa 'merundingkan hal itu'? kedua-dua frasa nampak sama maksud apabila menggunakan apitan 'meN....kan. Hal inilah yang mengelirukan sayaKata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan membawa beberapa maksud tertentu, antaranya maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertamanya objek bernyawa. Contohnya perkataan yang tuan berikan "membelikan" menjadi ayah membelikan adik baju atau contoh lain saya memasakkan tetamu gulai ikan. Selain itu apitan juga men-...-kan juga membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya ... merundingkan hal ... dan ... merancangkan projek .... Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 197.Tatabahasa09.09.2012
Kenapa salah satu daripada faktor salah ? bukankah lebih gramatis kalau diucapkan salah satu daripada faktor berbanding dengan salah satu faktor ? terima kasih.Frasa salah satu daripada faktor tidak salah tetapi frasa salah satu faktor telah lengkap, maknanya boleh digunakan kedua-dua frasa dan kebiasaannya kita menggunakan ayat yang pendek.Tatabahasa26.09.2007
....banyak menebang pokok atau menebang banyak pokok. bukankah kata kerja transitif mesti diikuti objek.Frasa yang gramatis ialah "menebang banyak pokok". Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi, iaitu sebagai kata bilangan tak tentu dan sebagai kata adjektif. Apabila "banyak" berfungsi sebagai kata bilangan tak tentu, kata itu boleh hadir selepas kata "menebang" dan frasa "banyak pokok" merupakan frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja transitif.Tatabahasa05.07.2011
adakah ayat 'bertanya akan masalah adik' betul? bukankah 'akan' digunakan untuk menjelaskan kata kerja berunsur emotif? bolehkah 'akan' digunakan untuk menggantikan imbuhan '-kan'? Jika boleh, apakah syaratnya? terima kasihKata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu ayat; Bertanya akan masalah adik adalah salah. Kata sendi nama 'akan' tidak boleh digunakan untuk menggantikan imbuhan '-kan'Tatabahasa22.09.2008
Menurut TD edisi ke-3, muka surat 411, Bukankah dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif, misalnya sungguh amat merdu. Saya cuma ingin memastikan sama ada ayat ini betul: Baju ini amat sangat cantik.Unsur penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu.Tatabahasa10.08.2010
12345678910

Kembali ke atas