Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukannya

Puisi
 

Akan kupasang bukannya tongkang,
     Akan kupais bukannya lobak;
Akan terbang bukannya burung,
     Akan menangis bukannya budak.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bukannya diam penggali berkarat,
     melainkan diam ubi berisi.

Bermaksud :

Diam yang ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bukan : 1.=bukannya. Antara ayat, "Bukannya mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana." dengan, "Bukan mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana."; Adakah terdapat perbezaan dari segi penekanan maksud atau penekanan terhadap mana-mana (subjek atau objek) dengan menggantikan perkataan 'bukan' dengan 'bukannya'? Sekiranya ada, apakah yang ditekankan dalam ayat ini dan mengapa? Atau tiada apa-apa perbezaan langsung? Terima kasih.Perkataan "nya" dalam konteks yang tersebut berfungsi sebagai penegas, boleh hadir atau digugurkan dalam ayat tersebut.Tatabahasa07.01.2015
Mengapa pelaksanaan, bukannya perlaksanaan?Menurut Tatabahasa Dewan, hanya terdapat awalan meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m,n,ny,ng,r,l,w dan y. Kata dasar laksana hanya boleh menerima imbuhan meN- menjadi melaksanakan. Oleh itu, imbuhan meN- akan membentuk kata nama terbitan pelaksanaan.Tatabahasa29.03.2007
Salam, mengapakah imbuhan pinjaman akhiran bagi 'biduanita' dan 'karyawanita' ialah '-nita' dan bukannya '-ita'? Hal ini adalah kerana jika dipecahkan ejaannya, huruf 'n' sudah sememangnya ada pada kata dasar sebelum ditambahkan imbuhan. Terima kasih.Merujuk buku Tatabahasa Dewan, nita merupakan akhiran pinjaman daripada bahasa Sanskrit bukannya ita.
Perkataan biduanita dan karyawanita menerima akhiran nita. Perkataan biduanita terhasil apabila biduan(kata dasar) + nita (akhiran) menghasilkan biduanita bukannya biduannita iaitu huruf n digugurkan. Akhiran nita tetap digunakan bukannya ita.
Tatabahasa10.07.2013
Sila memberi penerangan mengapakah ayat-ayat berikut adalah betul dari segi tatabahasa. 1) Siapakah nama adik awak? (bukannya "Apakah nama adik awak?" ) 2)Layang-layang ini dibuat daripada apa? (bukannya "Layang-layang ini dibuat daripada siapa?")Siapa ialah kata tanya untuk manusia dan apa ialah kata tanya untuk benda. Untuk amklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 442.Tatabahasa12.05.2014
(i ) perbezaan maksud sebentar & sekejap. Apabila merujuk kamus, maksudnya sama ttpi dalam soalan pmr, jawapan yg diterima sekejap dan bukannya sebentar (ii) Ayat: Asap-asap dari kilang-kilang mencemari alam sekitar. Mengapakah kata yg salah asap-asap dan bukannya mencemari

(i) Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sebentar sama maksud dengan sekejap, seketika. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada pihak yang menggubal soalan tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

(ii)  Merujuk ayat tersebut, kilang-kilang sudah menunjukkan jamak, oleh itu perkataan asap tidak perlu digandakan lagi.

Tatabahasa26.07.2010
encik lim memohon pinjaman dari bank untuk menjalankan projek ternakan ayam telur tuan, saya tidak faham mengapakah kesalahan ialah dari..dan bukannya ayam telur

Betul seperti pendapat saudara, penggunaan yang kurang tepat dalam ayat tersebut ialah dari dan bukannya ayam telur.

Tatabahasa03.08.2011
Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang tidak sesuai dalam ayat tersebut dan apakah pengganti bagi perkataan tersebut?Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut. Tatabahasa20.03.2011
Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang salah terdapat di atas dan mengapakah perkataan tesebut salah?Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut Tatabahasa17.03.2011
mengapa tidak menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi? apakah kita mesti menggunakan roman sebagai tulisan rasmi? jikalau ingin membubarkan PPSMI, perlu adanya perkataan-perkatan sendiri dalam istilah perubatan. bukannya mengadaptasi bahasa asing. saya seorang pelajar sains. dulu saya mempelajari biologi, fizik dan kimia dalam Bahasa Melayu, saya mendapati banyak istilah-istilah hanya dimelayukan, bukannya asal daripada Melayu sendiri. bagaimanakah untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? tolong beri perhatian.

Sekiranya tulisan Jawi dijadikan tulisan rasmi sayalah antara orang yang paling gembira sekali. Saudara bagaimana? Kadang-kadang kita perlu membuka minda dan memahami bahawa sifat sesuatu bahasa itu tidak statik. Ia akan berubah mengikut perkembangan zaman. Itulah tanda bahawa bahasa itu hidup. Kalau tiada orang menggunakan bahasa, ia akan mati seperti bahasa Hawaii contohnya. Banyak istilah yang berkaitan dengan pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi telah dimelayukan. Kalau saudara mempertikai tentang penyaduran istilah tersebut, cuba saudara berikan contoh satu perkataan dan daripada bahasa mana asal kata tersebut? Saya yakin bahawa asalnya bukan hanya daripada bahasa Inggeris sahaja. Orang Inggeris pun meminjam banyak istilah daripada bahasa lain, contohnya: algebra - B.Arab, amuck- B.Melayu, combat - B.Latin, Science - B.Latin melalui B.Perancis, Technology - B.Greek, dll. Kalau dikaji sebahagian besar kata dalam bahasa Inggeris itu dipinjam drp. bahasa lain. (Sila baca bahan yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Inggeris).

Lain-lain25.12.2008
Bolehkah saya tanya sama ada tatabahasa ayat di bawah betul? Ayat: Antara kebolehan saya ialah melukis. 1) Setahu saya kata pemeri 'ialah' mesti diikuti dengan frasa nama dan bukannya frasa kerja. 2) Adakah terdapat hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa permulaan ayat dengan perkataan "Antara" (seperti ayat di atas) belakang mesti diikuti dengan "ialah" dan bukannya adalah? 3) Sekiranya ayat di atas salah, bolehkah perkataan "ialah" digantikan dengan "adalah" untuk menjadikan ayat tersebut betul? Sila beri tunjuk ajar, terima kasih.

1. Benar, kata pemeri *ialah* mesti diikuti kata nama atau frasa nama. Jadi, ayat tersebut salah. Ayat itu bermaksud penutur mempunyai beberapa kebolehan. Jika demikian, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan perkataan *termasuklah*, baru ayat itu menjelaskan makna.

 

*Antara kebolehan saya termasuklah melukis.*

 

2. Tiada peraturan tatabahasa sedemikian. Penggunaan kata sendi nama *antara* dijelaskan pada halaman 285 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Penggunaan *antara* yang betul terdapat dalam empat contoh yang berikut:

1. ...antara pendapatnya dengan pendapat saya;

2. ...antara adik-beradik;

3. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi;

4. ...antara kedua-dua buah negara.

 

3. Tidak sesuai memasukkan kata pemeri *ialah* atau *adalah*. Kata pemeri *adalah* tidak boleh diikuti kata kerja *melukis*.

Tatabahasa23.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas