Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit I

Puisi
 

Naik bukit sebalik bukit,
     Buat tetap pagar anak;
Cari tenggek sapu tangan batik,
     Cari janda belum beranak.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit jadi paya,
     paya jadi bukit.

Bermaksud :

Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di daerah kelahiran saya terdapat banyak __. 'bukit' atau 'bukau' , yg manakah lebih sesuai? Mengapa?Jawapan yang betul ialah bukit. Perkataan bukit sesuai digunakan kerana lazim digunakan oleh masyarakat umum.Tatabahasa29.07.2013
WIRA BUKIT? ADAKAH IANYA NOVEL ATAU TAK? BAGAIMANA PULA DENGAN KARYA ADIK DATANG? SEBENARNYA SAYA DIBERI TUGASAN YANG BERTAJUK RUMUSAN WIRA BUKIT. JADI SAYA INGIN TAHU ADAKAH WIRA BUKIT ITU TAJUK SEBUAH NOVEL?

Selamat pagi. Wira Bukit karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ialah judul buku drama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Sedutan drama ini pernah dipentaskan dalam majlis penganugerahan Sasterawan Negara tersebut.

Adik Datang pula merupakan judul novel yang diterbitkan oleh Penerbitan Adabi Sdn. Bhd pada tahun 1980.

Terima kasih.

Lain-lain09.03.2010
maksud sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Peribahasa yang betul ialah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit, maksudnya berjimat cermat.

Lain-lain17.05.2009
Apakah maksud peribahasa "ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni"?Peribahasa yang betul ialah "Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi" bermaksud "Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan".Lain-lain01.11.2009
1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. (apakah kesalahan ayat di atas?)

1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. - perkataan luas kurang tepat kecuali jika disabitkan kepada dalaman rumah, lazimnya rumah disebut sebagai besar.

 

Tatabahasa19.08.2010
Adakah ayat berikut gramatis? 1) Rumah besar di atas bukit itu begitu cantik sekali. 2) Adakah frasa berdasarkan kajian = berdasar pada kajian? (Harap dapat penjelasan daripada pihak tuan. Terima kasih)

1) Rumah besar di atas bukit itu begitu cantik sekali. - ayat ini gramatis

2) Frasa yang betul ialah "berdasarkan kajian". 

Tatabahasa15.09.2011
Apakah jawapan yang paling tepat untuk soalan ini. Soalan 1: Pondok di kaki bukit itu tidak kelihatan dari jauh kerana di _______ kabus. A. dilindungi B diselubungi Soalan 2 : Mana satu yang betul? Para tamu atau para tetamu.

1: Pondok di kaki bukit itu tidak kelihatan dari jauh kerana diselubungi kabus.

2: Para tamu atau para tetamu. Kedua-duanya betul, tamu ialah orang yang datang mengunjungi orang lain, manakala tetamu merujuk orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan.

Tatabahasa27.05.2009
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.

Saudara Gina,

jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit

Tatabahasa27.05.2010
Adakah kata penguat seperti "sangat, sungguh dan amat" boleh digunakan bersama dengan perkataan "sekali" dalam ayat yang sama? Contohnya, "Pemandangan dari bukit itu AMAT cantik SEKALI."Kata penguat "amat', "sangat", "sungguh", dan "begitu" semuanya boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Kata penguat yang tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali" ialah "paling" dengan "ter-" sahaja. Contoh ayat: permandangan dari bukit itu amat cantik sekali, adalah betul. Harap maklum.Makna29.09.2006
Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman. Adakah tajuk buku itu perlu ada tanda pengikat/petik? Terima kasihTajuk buku hendaklah diitalikkan dan tidak perlu dibuat tanda petik.Karya24.04.2012
1234567

Kembali ke atas