Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit-bukau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan perlu meletakkan tanda sempang atau tidak perlu dalam menulis perkataan cucu cicit, hiruk pikuk, bengkang bengkok, calar balar, sumpah seranah. Apa formula yang mudah digunakan untiuk perkataan begini untuk diletak sempang atau tidak. Terima kasih.Kata ganda dieja dengan tanda sempang. Kekeliruan timbul apabila beberapa frasa seperti bukit bukau dan sampah sarap dieja tanda sempang. Hal ini demikian kerana bukit bukau dan sampah sarap ialah frasa nama kerana kedua-dua perkataan dalam frasa tersebut mempunyai makna, dan bukan kata ganda.Ejaan06.08.2018
Salam, Bolehkah tuan/puan jelaskan: 1. Bagaimanakah pihak tuan menyelaraskan ejaan kata ganda (terutamanya kata ganda berentak) yang kadang kala dieja dengan tanda sempang dan ada pula yang dieja tanpa tanda sempang. 2. Adakah cara tertentu untuk mengenal pastinya? 3. Apakah cara untuk membezakan kata ganda tanpa tanda sempang tersebut dengan kata majmuk? Terima kasih.Kata ganda dieja dengan tanda sempang. Kekeliruan timbul apabila beberapa frasa seperti bukit bukau dan sampah sarap dieja tanda sempang. Hal ini demikian kerana bukit bukau dan sampah sarap ialah frasa nama kerana kedua-dua perkataan dalam frasa tersebut mempunyai makna, dan bukan kata ganda.Tatabahasa25.04.2014
Di daerah kelahiran saya terdapat banyak __. 'bukit' atau 'bukau' , yg manakah lebih sesuai? Mengapa?Jawapan yang betul ialah bukit. Perkataan bukitĀ sesuai digunakan kerana lazim digunakan oleh masyarakat umum.Tatabahasa29.07.2013

Kembali ke atas