Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buk.ti] | بوقتي

Definisi : keterangan yg nyata, tanda kebenaran, dalil: dlm perbicaraan, pihak yg menuduh berkewajiban memberi ~ atau dalil yg menunjukkan pihak yg dituduh telah berbuat salah; surat inilah sbg ~ bahawa ia telah meminjam wang drpd saya; ~ diri Id keterangan tentang kenyataan diri; ~ nyata diri Id kad pengenalan; ~ saksi penyaksian, bukti yg dikemukakan oleh saksi; berbukti mempunyai bukti: kesalahan yg telah ~; berbuktikan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg bukti: pertukaran nama itu dibenarkan dgn ~ dokumen-dokumen sokongan yg sah sahaja;membuktikan 1. menyungguhkan (meyakinkan) dgn bukti: persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri; 2. menyatakan kebenaran sesuatu dgn bukti: guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat; 3. memperlihatkan: dlm mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;terbukti ternyata dgn bukti: nyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dr segi undang-undang; pembuktian perihal (perbuatan, usaha, dsb) membuktikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buk.ti] | بوقتي

Definisi : keterangan yg nyata mengenai sesuatu hal; tanda kebenaran: Kalau kamu memang di pihak yg benar, apa ~nya? ~ diri surat keterangan yg mengesahkan bahawa pembawanya itu memang benar. ~ saksi bukti yg dikemukakan oleh saksi. berbukti mempunyai bukti; ada buktinya. membuktikan 1 menyungguhkan kebenaran sesuatu dgn mengeluarkan bukti: Siapakah antara kamu yg dpt ~ bahawa dunia ini bulat? 2 menjadikan sesuatu diketahui orang; memperlihatkan: Dlm pertempuran itu, beliau telah ~ keberanian dan kecekapannya berperang. terbukti telah nyata kerana ada buktinya: Orang itu telah dihukum penjara kerana kesalahannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukti

Peribahasa

Kalau bertangkai boleh dijinjingkan.

Bermaksud :

Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIA.Sdr.Mc, jika kita membaca dan melapangkan sedikit masa untuk melihat-lihat buku-buku sejarah tentang kerajaan awal Melaka dan kawasan sekitarnya pasti Sdr. dapat berasa bangga apabila melihat penggunaan bahasa Melayu yang begitu luas digunakan di seluruh kepulauan Melayu. Begitu juga Sdr. akan kagum melihat surat-surat yang dihantar oleh orang Inggeris yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan ejaan jawi. ini adalah sedikit gambaran perasaan yang sangat membanggakan kita. Terima kasih.Lain-lain21.09.2007
soalan kefahaman Pemikiran sasterawan negara yang terungkap dalam karya sastera menyentuh pelbagai aspek kehidupan akan banyak memberikan kesedaran kepada orang ramai sekirannya mereka membaca,memahami dn menghayati pemikiran tersebut untuk dimanfaatkan dalam kehidupan masyarakat majmuk di malaysia. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Bagaimanakah jawab soalan ini??Bagi menjawab pertanyaan tersebut, tuan perlu menyatakan persetujuan terhadap pernyataan yang dikemukakan dengan bukti-bukti persoalan tersebut. Tuan perlu mengupas berkenaan pemikiran sasterawan Negara melalui karya yang dihasilkan. Persetujuan tuan perlu berkaitan dengan kehidupan masyarakat majmuk. Tuan perlu banyak membaca karya sasterawan Negara dan mencari kekuatan hasil sastera untuk memberi kesedaran kepada pembaca.Tatabahasa25.10.2013
Berikan saya sumber rujukan atau bukti yang menyatakan asal kata dalam bahasa Melayu hanya ada tiga perkataan iaitu "babi, besi dan batu". Terima kasihTidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa perkataan padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur  Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut.Lain-lain09.04.2010
Manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat: eviden atau bukti Zakaria Adom Jabatan Pendidikan N.SPerkataan eviden tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang betul ialah bukti.Tatabahasa25.07.2013
Soalan 1 Yang mana betul? a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. Soalan 2 Yang mana betul? a) Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. b) Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara. Soalan 3 Bagaimanakah hendak menggunakan istilah baharu dan baru? Tolong sertakan beberapa contoh penggunaannya Soalan 4 Yang mana betul? a) Peluh keluar dari badan melalui kulit. b) Peluh keluar daripada badan melalui kulit. Soalan 5 Gariskan atau bulatkan jawapan yang betul. Tolong berikan penjelasan untuk setiap ayat di bawah. a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya (adalah/ialah/-) disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu (adalah/ialah/-) tidak benar. c)Kejayaan kem itu (adalah/ialah/-) hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu (adalah/ialah/-) bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu (adalah/ialah/-) merupakan kolej yang paling terkenal. Soalan 6 Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Soalan 7 Apakah perbezaan antara istilah agar dan istilah supaya? Tolong berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.

1. Ketiga-tiganya betul - a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu.  2. Yang betul - Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara.  3. Baru dan baharukedua-duanya boleh digunakan, contoh ayat; Kereta baharu, Dia baru sampai dari Kuala Lumpur.  4. Yang betul - Peluh keluar daripada badan melalui kulit. 

5. Yang betul - a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya ialah kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu tidak benar. c)Kejayaan kem itu  hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu merupakan kolej yang paling terkenal.

6. Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan.  7. agar dan supaya berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya;  ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung.

Tatabahasa18.12.2008
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini.

1.   Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak.

Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik).

2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain.

Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru.

sekian

 

Lain-lain24.05.2010
Penggunaan perkataan 'Adalah dimaklumkan' dalam surat menyurat telah digantikan dengan penggunaan 'Dimaklumkan bahawa'. Minta DBP beri petunjuk bukti/panduan pertukaran ini mengikut pekeliling mana. Untuk carian semula sebagai bukti ianya di tukar dalam urusan surat mnyurat di jab ini.Adalah tidak boleh digunakan pada permulaan ayat, frasa yang betul ialah "Dimaklumkan bahawa .... Tiada pekeliling khusus mengenai pertukaran (yang salah kepada yang betul) ini, untuk keterangan lanjut buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa10.12.2007
1.hukuman itu adalah berdasarkan bukti yang sah.adakah " berdasarkan" merupakan kata kerja transitif? bagaimana dengan ayat berikut 2. meja di gerai itu beralaskan sehelai kain yang cantik."beralaskan" merupakan kata kerja transitif atau tak transitif? terima kasih .1. "Berdasarkan" dan "beralaskan" ialah kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. "Bukti yang sah" dan "sehelai kain yang cantik" ialah pelengkap atau keterangan bagi perkataan "berdasarkan" dan "beralaskan".  Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 144.

 

Tatabahasa29.03.2010
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH.Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa.Lain-lain22.05.2013
Terdapat empat perkataan asli bahasa Melayu, iaitu padi, besi, babi, dan ubi. Soalannya, apakah bukti keempat-empat istilah ini ditemui? Jika ada, sila berikan judul rujukan tersebut supaya saya boleh merujuknya. Bilakah istilah-istilah tersebut bermula dalam kosa kata bahasa Melayu? Terima kasih.Ada pendapat mengatakan kata padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu, walau bagaimanapun tiada bukti kukuh tentang kesahihan pendapat tersebut. Untuk membantu saudara menyelesaikan tugasan kuliah saudara, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur  Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut.Tatabahasa06.04.2010
1234

Kembali ke atas