Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku besar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slmt ptg, tumpang tanya ye, bolehkah saya mendapatkan buku teks tahun 1 2011 dalam pasaran? Sdh lama tunggu, tapi buku -buku teks masih belum sampai kat sekolah lagi. Sekian, terima kasih.Bagi buku teks terbitan DBP, sebahagian besar buku teks tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku teks ini akan berada di pasaran terbuka mulai pertengahan bulan November.Lain-lain01.11.2010
Salam sejahtera. Tuan setahu saya frasa nama'guru besar' ditulis dalam huruf kecil kecuali jika dikaitkan dengan nama khas.seperti Guru Besar En. Ali atau Guru Besar SJK Seri Indah. Mengapakah frasa nama 'guru besar' ditulis dalam huruf besar dalam buku teks sekolah rendah terbitan dewan bahasa walaupun tidak dikaitkan dengan sebarang kata nama khas? Ini menimbulkan keliruan semasa cikgu memberikan penerangan kepada murid. Bolehkah tuan memberikan penerangan. Sekian terima kasih.Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Tetapi jika jawatan khas misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, perlu menggunakan huruf besar. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Boleh kiranya cikgu memberikan tajuk penuh buku teks sekolah rendah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan tahun terbitan buku tersebut untuk semakan dan tindakan pihak kami seterusnya.Tatabahasa17.03.2013
Kegunaan huruf besar kepada perkataan berikut betul atau salah? Guru Besar dan Hari Kanak-kanak

Ejaan yang betul ialah guru besar, Guru Besar Sekolah Menengah Gombak. Bagi ejaan kanak-kanak pula, Hari Kanak-Kanak Sedunia. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa19.08.2010
Adakah perkataan taman sains, guru besar perlu ditulis huruf besar di permulaan perkataan itu?Tidak perlu ditulis huruf besar jika dalam ayat atau frasa tetapi jika sebagai tanda nama, papan tanda atau judul buku boleh ditulis huruf besar bagi permulaan perkataan tersebut iaitu T, S, G dan B.Lain-lain16.01.2007
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar.

3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak.

4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 

5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul.

Tatabahasa07.12.2009
BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIA.Sdr.Mc, jika kita membaca dan melapangkan sedikit masa untuk melihat-lihat buku-buku sejarah tentang kerajaan awal Melaka dan kawasan sekitarnya pasti Sdr. dapat berasa bangga apabila melihat penggunaan bahasa Melayu yang begitu luas digunakan di seluruh kepulauan Melayu. Begitu juga Sdr. akan kagum melihat surat-surat yang dihantar oleh orang Inggeris yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan ejaan jawi. ini adalah sedikit gambaran perasaan yang sangat membanggakan kita. Terima kasih.Lain-lain21.09.2007
Salam, Saya keliru mengenai ejaan samada huruf besar atau kecil digunapakai bagi matapelajaran-matapelajaran. contoh di bawah ini adalah keratan artikel dari PTS: Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar Salah satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh penulis adalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Ini menyebabkan proses editing menjadi lebih panjang. Berikut adalah panduan penggunaan kedua-dua jenis huruf itu: Huruf kecil untuk nama bidang ilmu. Saya memasuki kursus Matematik, Fizik dan Mekatronik. (SALAH) Saya memasuki kursus matematik, fizik dan mekatronik. (BETUL) Imam Shafie adalah pakar bidang Usul Fiqh. (SALAH) Imam Shafie adalah pakar bidang usul fiqh. (BETUL) Buku-buku bidang Sirah dan Hadith banyak terdapat dalam pasaran. (SALAH) Buku-buku bidang sirah dan hadith banyak terdapat dalam pasaran. (BETUL)Asalnya contoh yang diberi seperti matematik, kimia fiqah dan sebagainya ialah kata nama am. Kami juga bersetuju jika senarai tersebut merujuk bidang secara umum masih dikategorikan sebagai kata nama am. Walau bagaimanapun merujuk contoh yang diberi kami menganggap subjek tersebut sebagai kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar.Ejaan23.11.2008
"Guru Besar" kata nama am atau kata nama khas? Jika "guru besar" kata nama am, mengapa begitu banyak buku teks menulisnya sebagai kata nama khas?Dalam Kamus Dewan, guru besar dieja dengan huruf kecil. Oleh itu, guru besar tergolong dalam kumpulan kata nama am.Tatabahasa24.04.2013
Saya sering menghantar beberapa soalan kepada pihak DBP melalui laman ini tetapi hanya soalan-soalan yang mudah sahaja dijawab sementara soalan yang agak rumit tidak diberikan jawapan. Malahan saya dinasihatkan merujuk buku-buku yang berkaitan dengan soalan yang saya kemukakan. Jika ini amalan yang dibuat oleh pihak DBP elok laman ini dibatalkan sahaja. Terima kasihPada dasarnya,  Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan atau teka kata di luar skop perkhidmatan ini. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaiatan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. DBP juga turut mengundang pelajar tersebut, datang ke Pusat Dokumentasi Melayu di Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Kami berharap sdr akan terus menggunakan khidmat KNDBP pada masa akan datang.Lain-lain26.04.2008
Kalau nama siri buku, perlukah diitalikkan dan menggunakan huruf besar? Contoh: Siri Bintang Kecil : Idola RakanBerdasarkan gaya penerbitan DBP, huruf pertama nama judul buku menggunakan huruf besar dan dicetak dengan huruf condong. (Siri Bintang Kecil: Idola RakanEjaan11.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas