| Salam sejahtera. Ayat manakah yang betul? (1) Aiman mencatat nota pada buku catatan. (2) Aiman mencatat nota di buku catatan. | Ayat yang betul ialah "Aiman mencatat nota pada buku catatan." | Tatabahasa | 06.05.2014 |
| Perbezaan di antara I. Perlaksanaan atau Pelaksanaan? II. Buku Catatan atau Buku Catitan III. catitan atau catatan? | (Kamus Dewan edisi Keempat): 1. perlaksanaan = hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb) 2.pelaksanaan = peihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas, dsb) 3. Ejaan yang betul ialah "Buku Catatan" , bukan "Buku Catitan" 4. Istilah yang diguna pakai ialah "catatan", bukan "catitan". | Istilah | 10.11.2014 |
| Ayat ini betul? Aiman mencatat nota dalam buku catatan. | Ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 06.05.2014 |
| 1.Tugas guru (ialah, adalah) mengajar murid-murid. 2. Dia (mencatat, mencatatkan) nama di dalam buku catatan. 3. Se(berkas, batang) penyapu lidi. 4. Mengapakah kebanyakan kata kerja di dalam buku teks KSSR terbitan baru DBP untuk SRJK Tahun 1 ditulis tanpa imbuhan me-? Contohnya> Mereka tanam pokok. Mereka nyanyikan lagu. Mereka kibarkan bendera. | 1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid. 2. Dia mencatatkan nama di dalam buku catatan. 3. Seberkas penyapu lidi. 4. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, pihak kami akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ini. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
| Salam sejahtera. Penggunaan "dalam" dalam ayat yang berikut betul? Halim mencatat nota dalam buku catatan. | Penggunaan perkataan 'dalam" dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 14.07.2014 |
| Apa istilah dalam bahasa Malaysia untuk siswa yang melihat buku/ catatan secara diam-diam tanpa sepengetahuan pengawas ujian pada saat ujian. Apakah menjiplak, menyontek, atau ada istilah lain? Terima kasih. | Untuk makluman tuan, peraturan peperiksaan awam di Malaysia melarang calon membawa masuk buku, nota, kertas atau dokumen ke dalam dewan peperiksaan. Sekiranya calon terbawa peralatan tersebut, calon diminta mengangkat tangan dan hantar keluar dewan peperiksaan. Sekiranya ada istilah bahasa Inggeris untuk konsep tersebut mohon kemukakan kepada kami. | Lain-lain | 19.10.2014 |
| 1. Saya hendak mengetahui makna perkataan Biografi dan Jurnal secara spesifik. Terima Kasih. | Merujuk Kamus Dewan biografi bermaksud; 1. riwayat atau kisah hidup seseorang; 2. cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang. Manakala jurnal bermaksud 1. terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau mingguan; 3. buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku. | Makna | 15.04.2009 |
| Saya difahamkan bahawa istilah Bahasa Melayu untuk "PostScript" ialah "Catatan Tambahan". Dan singkatan baginya ialah "PS". Soalan 1: Apakah singkatan bagi "Catatan Tambahan"? Soalan 2: Sedangkan "PS" digunakan secara meluas dan lebih difahami berbanding "Catatan Tambahan", bolehkah saya menggunakan "PS", tetapi secara italic pada iklan surat khabar? | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
| Saya hendak bertanya tentang format karangan catatan. Format 1 tepat atau format 2. Terima kasih. 1. 6.30 pagi Hari ini hari pertama persekolahan. 2. 6.30 pagi : Hari ini hari pertama persekolahan. | 1. Untuk mendapatkan format karangan catatan atau jenis karangan yang lain rujuk buku rujukan Bahasa Melayu. Soalan kedua tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
| Saya ingin bertanya dengan ketepatan tajuk dan terjemahan bagi buku yang saya akan terbitan insya-ALlah. Fiha Khair (dalam bahasa arab) Ada Kebaikan Dalam Kehidupan Isi kandungan buku berkisar catatan pengalaman sebagai seorang atase pendidikan di luar negara. Buku ini mengandungi kisah inspirasi, dalil Quran dan hadis, tip praktikal serta melihat setiap cabaran sebagai peluang ke arah yang lebih baik. Buku ini khusus sebagai panduan kepada mahasiswa yang belajar di luar negara khususnya di Timur Tengah. Terima kasih atas respon. | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN).
| Lain-lain | 10.05.2025 |