Terdapat buku cerita kanak-kanak dipasaran yang bersuku kata berlainan suku katanya. Contohnya perkataan :- "Perempuan" Sukukata yang mana satu betul? adakah "Pe-rem-pu-an" atau "Pe-rem-puan". | Suku kata yang betul ialah pe-rem-puan. Untuk keterangan lanjut berkenaan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 2008). | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Mana yang lebih tepat, "Penulisan buku cerita kanak-kanak peribahasa" atau "Penulisan buku cerita peribahasa kanak-kanak"? Bagi merujuk penulisan bagi bacaan kanak-kanak yang menjadikan peribahasa sebagai jalan utama penceritaan. | Ayat yang betul ialah "Penulisan buku cerita peribahasa kanak-kanak." | Tatabahasa | 22.10.2024 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berminat untuk menulis buku cerita kanak-kanak. Bagaimana boleh saya dapatkan panduan untuk penulisan bagi tujuan penerbitan? Kepada pihak manakah perlu saya hantarkan karya yang saya hasilkan dan bagaimanakah cara untuk menghantarkan karya saya? | Salam, puan bolehlah berhubung dengan, Puan Azihani binti Md Mizan (Hajah), Perancang Bahasa di Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja di talian 03-21479293 atau e-mel azihani@dbp.gov.my untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Karya | 24.06.2015 |
Saya berminat untuk menulis buku cerita kanak-kanak. Bagaimana boleh saya dapatkan panduan menulis untuk penerbitan? | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Untuk keterangan lanjut, sdr. bolehlah menghubungi Puan Hajah Zalila binti Sharif, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur atau e-mel: zalila@dbp.gov.my. | Lain-lain | 16.07.2009 |
Tuan, saya sedang cuba menyempurnakan tugasan menulis tentang tokoh penyair Wadi Leta SA , maksud saya menulis biografi ringkas. Saya cuba cari di internet namun tak banyak maklumat saya temui, kerana di samping beliau menulis puisi , saya ingin catatkan juga tentang hobinya pada seni lukis dan jua menulis buku cerita kanak-kanak. Saya di fahamkan penulisan cerita kanak-kanak pernah disiarkan melalui blog zoom A di bawah kelolaan Rosli Nikmat , tetapi saya tetap tidak ketemu di internet. Boleh kah pihak Tuan berikan laman web atau link tentang beliau menulis buku cerita kanak-kanak dan hobi melukis? Atau boleh nyatakan di mana boleh saya dapatkan info tersebut? | Salam sejahtera, Dewan Sastera terbitan November 2007 ada mengemukakan Wadi Leta S.A. sebagai karyawan dalam keluaran tersebut. Selain itu, saudara boleh membaca artikel "Wadi Leta berbakat melukis" dalam laman www.nib.com.my . | Lain-lain | 25.04.2012 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, NURUL FAREHAH JAAMAD 900521045508 Judul Manuskrip : Novel : 1.DUNIA AZIM. Buku Cerita Kanak-kanak : 2.PERSAHABATAN ANTARA SANG GAJAH, SANG KANCIL DAN SANG SEMUT. 3.KURA-KURA YANG RAJIN. 4.MARI DNEGAR CERITA KAKAK NURUL. Saya yang bernama di atas ingin bertanya, adakah pihak DBP menerima manuskrip saya? Saya inginkan jawapan yang jelas daripada pihak DBP. Bulan kelmarin pihak DBP ada menelefon saya menyatakan bahawa manuskrip saya akan di nilai dan diberi jawapan pada minggu hadapan. Tetapi tiada sebarang jawapan. Juga akan menghantar surat penerimaan manuskrip kepada saya tetapi tiada. Saya cuma ingin tahu sama ada manuskrip saya di terima atau tidak. Sekiranya tidak, saya mahu cuba memperbaiki manuskrip itu. Bolehkah pihak DBP memberikan saya jawapan yang pasti kepada saya? Boleh hubungi saya di 017-6665803 atau 06-2680260 | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya telah menghubungi Puan Azihani di Bahagian Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja. Beliau memaklumkan bahawa manuskrip bertajuk Dunia Azim dan Persahabatan Antara Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut tidak sesuai untuk diterbitkan dan telah dipulangkan kepada saudari melalui pos. Sementara dua buah manuskrip lagi malangnya tidak ditemui semasa proses perpindahan ke tingkat 19. Namun, pihak beliau masih berusaha untuk mencarinya. Kami memohon jutaan kemaafan atas kejadian ini dan mencadangkan supaya saudari menghantarkan salinan manusikrip tersebut sekali lagi. Mohon maaf sekali lagi. | Lain-lain | 28.09.2010 |
Saya merujuk laman dbp ( http://rujukan.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111) yang menyatakan cerpen merupakan cerita fakta yang dicampur imaginasi. dan antara cirinya panjang cerpen 5000 hingga 20000 patah perkataan. Jika cerita kurang dari 5000 patah perkataan boleh dikategorikan sebagai apa? Contoh buku cerita kanak-kanak yang hanya beberapa patah perkataan (tidak sampai 5000 patah perkataan) | Cerita kanak-kanak dan cerpen merupakan antara kategori penulisan di bawah 5000 patah perkataan. | Lain-lain | 03.09.2024 |
Berikut adalah alamat dan judul yang diinginkan. Saya telah menghantarnya pada 16 Jun 2010. Harap dapat bantu saya. Pertama : 1. Kepada siapa manuskrip tersebut dialamatkan : Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Kanak-kanak : 1. Kura-kura Yang Rajin. 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut. Novel Kanak-kanak : 1. Dunia Azim. Kedua: 1. Kepada siapa manuskrip itu dialamatkan : Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pnegembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul (Siri 1, Siri 2 , Siri 3, Siri 4) | Terima kasih. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 04.08.2010 |
Assalamualaikum tuan/puan, Saya merupakan graduan bidang sains kesihatan pemakanan dari salah sebuah IPTA di Malaysia. Pada masa ini saya sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana untuk bidang pemakanan komuniti. Bidang kajian saya adalah berkaitan pemakanan sihat di kalangan pelajar sekolah rendah. Berdasarkan kajian saya mendapati masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah masih keliru dengan makanan sihat dan tidak minat untuk mangambil makanan sihat. Oleh itu saya berminat untuk menghantar manuskrip untuk buku cerita kanak-kanak yang berkaitan pemakanan sihat. Adakah pihak pts mempunyai format tertentu untuk manuskrip buku kanak-kanak? Saya ingin bertanya adakah saya hanya perlu menghantar penulisan sahaja atau perlu disertakan gambar memandangkan ini adalah kali pertama saya ingin hantar manuskrip. Saya juga kurang arif dalam lukisan ataupun ilustrasi untuk kanak-kanak, mohon pihak pts memberi sedikit panduan sekiranya manuskrip ini memerlukan gambar. Terima Kasih, Nurulhuda Aziz | Waalaikumussalam. Puan, soalan yang puan ajukan ialah soalan kepada penerbit PTS. Mohon maaf, kerana Dewan Bahasa tidak dapat membantu untuk menjawab bagi pihak PTS. | Karya | 15.01.2017 |
Apa beza konsep "Cerita Peribahasa Kanak-Kanak" dgn "Peribahasa dalam cerita kanak-kanak"? | Untuk makluman, "Cerita Peribahasa Kanak-kanak" menerangkan tentang peribahasa yang digunakan dalam buku tersebut. "Peribahasa dalam cerita kanak-kanak" pula lebih kepada persembahan penceritaan. Misalnya sebagai perbandingan atau perumpamaan dalam cerita. Bagi penjelasan lebih lanjut, tuan boleh menghubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talian utama DBP, iaitu 03-2147 9000. | Sastera | 16.01.2025 |