Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : buku utk mendapat keĀ­terangan yg lebih lanjut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : buku tempat mencari keterangan yg lebih lanjut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku rujukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya buku rujukan berdasarkan buku teks buku rujukan apa ya??

Sebelum saudara ingin mencari buku rujukan pastikan dahulu apa perkara yang hendak dibuat rujukan supaya pencarian lebih terarah dan tidak membuang masa. Saya tidak jelas apa perkara yang saudara hendak rujuk. Sebagai panduan, dalam proses pembelajaran yang berkesan seseorang itu mestilah mempunyai tujuan untuk belajar. Juga jika ingin membuat rujukan secara berkesan kita mesti tahu apa tujuan kita hendak membuat rujukan. Adakah kita ingin mengetahui sesuatu topik lebih mendalam maka kita perlu membuat rujukan dengan lebih lanjut. Atau kita ingin mengumpulkan buku-buku rujukan tidak kira bidang untuk tujuan rujukan rakan-rakan atau murid-murid?

Lain-lain19.10.2010
SAYA BERKEHENDAKAN MAKLUMAT MENGENAI BUKU-BUKU RUJUKAN ATAU SENARAI NAMA BUKU-BUKU MENGENAI KEJUTERAAN AWAM.Saudara boleh melayari laman web DBP dan klik pada karyanet-penerbitan dalam talian untuk mendapatkan maklumat tersebut atau menghubungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Lain-lain02.09.2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Pertama, adakah buku-buku rujukan bahasa Melayu (ebook) untuk para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah ada dalam pustaka digital?. Kedua, setuju atau tidak sekiranya ada pihak tertentu yg ingin menjalinkan usahasama dgn pihak DBP berkaitan bahan rujukan para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah terbitan DBP seperti tatabahasa dewan dan apa-apa bahan terbitan DBP yang berkaitan dgn golongan sasar tersebut dilanggan oleh pihak tersebut dalam bentuk ebook bagi dimuatkan dalam perpustakaan digital/maya/dalam taliannya?. Ketiga, sekiranya usahasama tersebut terjadi, berapakah anggaran harga langganan bagi tujuan tersebut? Sekian.Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Kamariah binti Yusof melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain27.06.2015
Salam sejahtera pada pihak DBP, apakah isu yang sesuai dan boleh dikupas untuk saya kaji di dalam Hikayat Indera Nata? Dan apakah buku-buku rujukan yang boleh saya gunakan dalam kajian saya? Saya masih buntu dalam mencari tajuk kajian saya.

Hikayat Indera Nata digolongkan dibahagikan dalam zaman peralihan Hindu-Islam. Secara umum, pelbagai perkara boleh dikaji daripada teks tersebut. Di antara kajian tersebut ialah seperti berikut:

  1. Pemikiran dalam teks tersebut
  2. Teknik Naratif/penceritaan teks zaman peralihan
  3. Gaya Bahasa teks zaman peralihan
  4. Unsur-unsur Mitos, Dongeng, Fantasi dan sebagainya
  5. Konsep Wira dalam teks tersebut
  6. Konsep Kuasa dalam teks tersebut
  7. Unsur-unsur Islam dalam teks tersebut dll

Sekian, terima kasih

 

Lain-lain06.07.2009
Apakah cara-cara memdapatkan buku rujukan tatabahasa untuk belajar dalam laman web? Saya tinggal di luar negara, namum tidak dapat beli buku rujukan tatabahasa edisi yang terbahru.Sehingga kini DBP belum lagi menyediakan pembelajaran tatabahasa secara dalam talian (online). Sila rujuk institut pengajian tinggi jika ada menawarkan khidmat sedemikian. Apa yang dapat kami bantu ialah penggunaan kata dan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya melalui laman web kami.Lain-lain27.06.2012
Selamat pagi. Kamu hendak meminjam buku cerita? Kamu hendak meminjam buku rujukan? (atau) 1. Kamu hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan? 2. Kamu hendak meminjam buku cerita atau rujukan? Mana satu ayat majmuk yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Kamu hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan?

Tuan bolehlah merujuk halaman 542 -560 , buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk lebih lanjut.
Tatabahasa11.10.2016
Saya menghadapi sedikit kekeliruan dengan penggunaan kata pemeri 'ialah ' dan 'adalah'. Apa yang saya dapati dari buku-buku rujukan PMR mengelirukan. Mohon penerangan dengan penggunaan kedua-keduanya. Terima kasih.Kata pemeri 'ialah' digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan, konsep dsbnya. Contohnya ayat: Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Penggunaan 'adalah' pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dsbnya. Contoh ayat: Cenderamata itu adalah untuk tetamu jemputan sahaja.  Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263 dan  494. Terima kasih. Tatabahasa15.01.2009
1)adakah terdapat perbezaan binaan plot dalam karya matapelajaran bahasa melayu(komsas) dan kesusasteraan melayu? 2)kini terdapat banyak buku rujukan dipasaran.buku terbitan apakah yang lebih sesuai digunakan dalam matapelajaran bahasa melayu sekolah menengah?Plot dalam karya sastera yang digunakan dalam komsas masih sama, cuma pihak Kementerian Pelajaran mempermudahkan persembahan bahan tersebut sesuai dengan kemampuan pelajar. Buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran perlu diteliti kandungannya agar sesuai digunakan sebagai bahan bantuan mengajar Bahasa Melayu sekolah menengah.Lain-lain10.01.2008
Kedai itu menjual pelbagai barang. Antaranya alat-alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. Soalannya, bolehkah ialah digugurkan selepas antaranya?Kata pemeri "ialah" tidak boleh digugurkan selepas antaranya. Ayat yang betul ialah: Antaranya ialah alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain.Tatabahasa09.05.2012
Selamat sejahtera, 1.Saya membaca bahan-bahan bacaan seperti surat khabar,majalah,buku rujukan dan lain-lain.('bahan ' perlu ditulis jamak kalau belakang ada banyak contoh?) Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya membaca bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, buku rujukan dan lain-lain." Tatabahasa30.05.2022
12345678910...

Kembali ke atas