Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : buku yg digunakan oleh pelajar sbg buku rujukan yg standard utk sesuatu mata pelajaran tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : buku ttg sesuatu mata pelajaran yg digunakan oleh pelajar-pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan skrip, manuskrip, naskhah, dokumen.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slmt ptg, tumpang tanya ye, bolehkah saya mendapatkan buku teks tahun 1 2011 dalam pasaran? Sdh lama tunggu, tapi buku -buku teks masih belum sampai kat sekolah lagi. Sekian, terima kasih.Bagi buku teks terbitan DBP, sebahagian besar buku teks tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku teks ini akan berada di pasaran terbuka mulai pertengahan bulan November.Lain-lain01.11.2010
Saya ingin mencari semula buku-buku teks komponen sastera yang terdahulu (2000 - 2009). Di mana saya boleh dapatkan buku tersebut? Apa yang terjadi kepada kesemua salinan buku teks di seluruh negara sebaik sahaja buku teks KOMSAS ditukar pada 2010?Dalam hal yang tuan nyatakan ini, kami sarankan tuan merujuk Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain18.09.2013
yang manakah paling tepat, 'Halaman buku teks' atau 'Buku teks Halaman'. terima kasihFrasa yang betul ialah 'halaman buku teks', merujuk halaman dalam buku teks.Tatabahasa04.05.2011
Assalammualaikum dan selamat pagi. Saya merupakan pelajar phd yg sedang membuat penyelidikan mengenai buku teks bahasa melayu sekolah rendah. Justeru, saya memerlukan maklumat perkembangan buku teks di malaysia atau sejarah penerbitan buku teks oleh dbp. Bagaimana satu-satu buku teks dihasilkan..adakah mempunyai panel tertentu dan adakah mempunyai garis panduan penulisan buku teks atau modul. Jika ada bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tersebut. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai..Waalaikumussalam. Untuk mendapatkan maklumat buku teks, saudara boleh menghubungi pegawai di Bahagian Buku Sekolah di talian 03 21479550/9505.  Terima kasih.Lain-lain09.05.2014
Ejaan; buku teks sejarah @ Buku Teks Sejarah?

Salam sejahtera,

Buku Teks Sejarah

Ejaan07.01.2013
Salam sejahtera, 'Di dalam buku teks' atau 'dalam buku teks' yang gramatis? Terima kasih. Selamat Berpuasa.Dalam buku teks.Tatabahasa20.08.2009
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang buku-buku teks sekolah rendah yang ada dalam simpanan DBP dari tahun 1945 hingga sekarang? Sekiranya ada dalam simpanan, sy ingin bertanya bagaimana cara untuk mendapatkannya? Ini kerana saya merancang ingin mengadakan galeri buku teks di sekolah sy. Terima kasih.Kami cadangkan tuan berhubung terus dengan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP untuk bertanyakan tentang perkara tersebut. Tuan juga boleh berbincang dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut dengan Pustakawan DBP. Sila hubungi pustakawan Encik Hiezam Hashim, 03-21479657/izmmh@dbp.gov.my, Puan Aimi Umaimah, 03-21479632/aimi@dbp.gov.my dan Puan Che'Ros Rahim, 21479631/ros@dbp.gov.my.
Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku dan soalan ini memakan masa yang lama untuk dijawab oleh pihak kami.
Lain-lain31.07.2012
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku TeksEjaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas.Ejaan17.01.2011
Didapati buku teks yang wakil tuan hantar terdapat banyak halaman yang kosong dan tiada mukasurat. Sukacita dapat tuan menggantikan dengan yang baru dengan kadar segera. (1) Buku Teks BM SJKC Tahun 4 - 2 buah (2) Buku Teks Sejarah SJKC Tahun 4 - 14 buah Email telah dikemukakan kepada tuan pada 15/1/2014. Soalan saya bilakah buku tersebut akan diganti dengan yang baru? Sekian, terima kasih.Didapati buku teks yang wakil tuan hantar terdapat banyak halaman yang kosong dan tiada mukasurat. Sukacita dapat tuan menggantikan dengan yang baru dengan kadar segera. (1) Buku Teks BM SJKC Tahun 4 - 2 buah (2) Buku Teks Sejarah SJKC Tahun 4 - 14 buah Email telah dikemukakan kepada tuan pada 15/1/2014. Soalan saya bilakah buku tersebut akan diganti dengan yang baru? Sekian, terima kasih.

Mohon tuan memberikan maklumat yang tersebut kepada pegawai DBP iaitu Encik Zukari bin Ismail e-mel zukari@dbp.gov.my, 03-2147 9541 atau Puan Rosnani binti Mat Jihin e-mel rosnani@dbp.gov.my, 03-2147 9492.
Lain-lain22.01.2014
Salam, Ini adalah butir perincian buku teks yang masih menggunakan ejaan 'chef'. Nama buku: Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan; Tahun terbitan: 2012; Tajuk: Unit 21 - Anak Malaysia; Muka surat: 94. Di dalam buku ini, dinyatakan nama Chef Wan masih dieja Chef Wan dan bukannya Cef Wan seperti ejaan yang diusulkan di dalam BM. Pendapat saya ialah kita perlu selaraskan ejaan mengikut Kamus Dewan berbanding dengan istilah yang telah mantap dalam kalangan pengguna. Hal ini adalah kerana, jika ejaan seperti ini tidak diperbetul, masyarakat akan terbiasa dan cenderung untuk menggunakan ejaan yang salah. Maka, terhasillah dua versi ejaan yang boleh mengelirukan pengguna. Walau bagaimanapun, mohon maaf jika saya terkasar kata. Ini hanya pendapat peribadi saya. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Kami amat menghargai keprihatian puan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami akan mengambil tindakan selanjutnya dan berharap perkara ini dapat diselaraskan.Lain-lain23.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas