Saya nak tahu ejaan untuk bunyi lembu. Ada buku tulis moo moo moo. Ada buku muu muu muu. Yang mana satu betul. Terima kasih. | Ejaan yang betul bagi merujuk bunyi lembu ialah “boh”. | Ejaan | 31.03.2022 |
Ada ke akta yang melindungi hak penulis yang mengatakan penulis tak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali Penerbitnya kalau nak tulis buku. Kalau ada harap tuan dapat berikan. | Tidak ada akta yang mengatakan penulis tidak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali penerbitnya. Pihak yang ingin menerbitkan bahan bercetak di Malaysia hendaklah mempunyai lesen pencetak dan permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Saudara boleh mendapatkan maklumat daripada Kementerian yang berkenaan dan merujuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk maklumat selanjutnya. | Lain-lain | 08.05.2007 |
Kedai itu menjual pelbagai barang. Antaranya alat-alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. Soalannya, bolehkah ialah digugurkan selepas antaranya? | Kata pemeri "ialah" tidak boleh digugurkan selepas antaranya. Ayat yang betul ialah: Antaranya ialah alat tulis, majalah, buku rujukan dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Adakah buku teks dalam bahasa inggeris perlu diterjemah ke dalam bahasa melayu atau tulis buku yang lain | Saudara, Penterjemahan buku teks daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bergantung pada keperluan dan perancangan pihak yang akan mengusahakannya. Ada kalanya sesebuah buku tidak perlu diterbitkan dalam dua versi bahasa. Oleh yang demikian buku tersebut tidak diterjemahkan. Ada kalanya sesebuah buku ditulis terus dalam bahasa yang disasarkan. Dalam penerbitan sesuatu buku terdapat apa yang dikatakan karya asli dan karya terjemahan. Oleh yang demikian ini bergantung pada keperluan dan sasaran pembaca dan pasaran. | Lain-lain | 07.09.2009 |
Saya ingin menghasilkan buku teknikal berkenaan catur yang merangkumi Undang-undang Catur, Garispanduan Menjayakan Pertandingan Catur, Sistem Pertandingan dan Penggunaan Program Didalam Penganjuran Catur. Kebanyakkan buku-buku reference adalah didalam bahasa Inggeris jadi saya bertujuan untuk mengolahnya kedalam Bahasa Malaysia/Melayu. Undang-undang Catur adalah sesuatu yang umum jadi, perlukah saya mendapat kebenaran dari mana-mana pihak untuk menerbitkannya untuk mengelak plagiarism. Juga, saya didalam usaha menerbitkan buku Belajar Bermain Catur kerana saya rasa tidak ada lagi buku sebegini didalam bahasa Malaysia/Melayu dan kalau ada pun, mungkin ia nya telah dicetak disekitar pertengahan 60an. Adakah DBP menyokong penerbitan buku-buku seperti ini dan apakah garis panduan yang perlu saya ikuti i.e. tebal buku (perlu kah ada minima/maksima muka surat), dan juga penggunaan bahasa kerana beberapa terma dan terjemahan perkataan tidak mungkin terdapat didalam Bahasa Malaysia/Melayu. Harap dapat penjelasan | Pihak kami mengalu-alukan hasrat Saudara untuk menulis buku tersebut. Pihak kami bersedia untuk mempertimbangkan penerbitan buku tersebut sekiranya Saudara menyerahkan manuskripnya nanti kepada DBP. Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk bercetak, dan juga dalam bentuk digital. Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan. Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis buku. Tebal manuskrip bergantung kepada kandungan manuskrip yang Saudara tulis dan kepada siapa manuskrip tersebut ditujukan, dan tidak ada syarat khusus mengenainya. | Lain-lain | 09.07.2012 |
1."Tolong tulis nama pada/di buku". 2."Rumah saya terletak agak jauh dari/daripda sekolah". Manakah penggunaan kata sendi nama yang tepat? | Penggunaan kata sendi nama yang tepat ialah: 1. "Tolong tulis nama pada buku. 2. "Rumah saya terkerletak agak jauh dari sekolah. | Tatabahasa | 07.01.2015 |
Salam. Saya ingin tanya bolehkah buku penterjemahan di cover buku boleh tulis nama dengan pendidikan mereka, seperti: Penterjemahan: Dr. XXXXXXXXXX Sekian Terima Kasih. | Menurut gaya penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang dirakanmkan dalam Gaya Dewan Edisi Keempat (2023), menyatakan bahawa nama penulis, penterjemah, pengadaptasi, ilustrator atau pencerita semula (untuk buku sastera rakyat) dicetak pada kulit buku tanpa gelaran atau pangkat. Panduan ini diguna pakai untuk buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, ketetapan ini bergantung pada panduan yang ditetapkan oleh rumah penerbitan masing-masing. | Lain-lain | 11.10.2023 |
Kalau saya nak buat publisiti di poster, risalah, dan sebagainya untuk mempromosikan buku pelbagai genre dalam bahasa melayu, apa yang betul dan tepat saya tulis di publisiti? Buku Berbahasa Malayu Atau Buku Bahasa Melayu | Kedua-dua ayat tersebut betul dan tepat. "Buku Berbahasa Malayu" dan "Buku Bahasa Melayu". | Lain-lain | 06.01.2022 |
Bagaimana bahasa-bahasa di dunia wujud melalui perspektif islam? | Maklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku atau tulis yang berkaitan. | Lain-lain | 30.07.2008 |
Untuk dua frasa ini, yang mana betul? "Apabila sampai di rumah, ..." atau "Apabila sampai ke rumah,...", Ada buku teks BM yang tulis "..tiba ke destinasi..",bukankah sepatutnya "..tiba di destinasi..."? | Pada pandangan kami yang betul ialah " apabila sampai di rumah" dan " tiba di destinasi". Kata sampai dan destinasi sudah membawa maksud berada di tempat tersebut. | Tatabahasa | 30.09.2006 |