Assalamualaikum, Dalam bukunya Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam , Shaharir Mohamad Zain ada kemukakan istilah - istilah seperti barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme. Saya tidak pernah dengar istilah - istilah ini dan saya ingin tahu jika DBP menerima pakai istilah tersebut dan mempunyai entri di PRPM? | Akhiran "-isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme.Untuk makluman tuan, buku Sains Matematik dalam Acuan Bahasa Melayu dan Islam karya Shaharir Mohamad Zain,bukan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang tuan senaraikan, iaitu barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme tidak ada dalam pangkalan DBP. | Makna | 16.10.2017 |
'Kakak berasa marah kerana adik (mengoyak / mengoyakkan) bukunya. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih. | Saudara, Ayat yang betul ialah 'Kakak berasa marah kerana adik mengoyakkan bukunya. | Tatabahasa | 20.10.2009 |
Yang manakah penggunaan kata sendi yang betul untuk ayat ini? 1) Ali menulis sesuatu di dalam/dalam/pada/di atas bukunya. Sekian,terima kasih | Ayat yang gramatis "Ali menulis sesuatu dalam bukunya". | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Salam sejahtera... Saya ingin bertanya tentang penggunaan frasa 'di dalam' dan 'ke dalam'... Berdasarkan ayat yang diberi..bolehkah pihak tuan menerangkan konsep penggunaannya? Terima kasih. 1a. Ali menanam pokok bunga di dalam pasu. 1b. Ali menanam pokok bunga ke dalam pasu. 2a. Adik meletakkan bukunya di dalam laci. 2b. Adik meletakkan bukunya ke dalam laci. 3a. Siti membuang sampah di dalam tong sampah. 3b. Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa. Oleh itu, ayat yang betul ialah: 1a. Ali menanam pokok bunga di dalam pasu. 2a. Adik meletakkan bukunya di dalam laci. 3a. Siti membuang sampah di dalam tong sampah.
| Tatabahasa | 06.01.2016 |
Cikgu, Dr. Awang Sariyan dalam bukunya, Tuntunan Bahasa, pernah mengatakan bahawa "mahu" digunakan untuk menyatakan keinginan diri akibat ajakan orang lain; "hendak" digunakan untuk menyatakan keinginan diri tanpa ajakan orang lain. Benarkah adanya perbezaan ini? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan. Bagi aspek linguistik, buku Datuk Dr. Awang Sariyan boleh dijadikan sebagai panduan. | Tatabahasa | 08.03.2015 |
apakah yang dimaksudkan dengan keragaman bahasa? | Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut : i. Ragam bahasa lisan ii. Ragam bahasa Melayu tulisan iii. Bahasa-bahasa daerah iv. Laras-laras bahasa Melayu moden. Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Makna | 24.02.2008 |
Saya ada oder buku cerita di BPN sampai ke hari ini bukunya tak sampai lagi | Salam sejahtera. Perkhidmatan DBPniaga Untuk makluman, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP), urusan pembelian dan penghantaran buku melalui DBPniaga dihentikan operasi sementara waktu. Walaubagaimanapun, DBPniaga telah mula menjalankan beroperasi semula pada 4 Mei 2020 (isnin). Oleh itu proses penghantaran dan pengeposan buku akan dilakukan secara berperingkat kepada semua pembeli. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. | Lain-lain | 07.05.2020 |
Tuan, saya hendak menanyakan soalan berkaitan dengan penggunaan "daku". Nik Safiah Karim, dalam bukunya Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 2, pernah mengatakan bahawa kata ganti nama diri orang pertama "daku"mesti digunakan selepas kata yang berakhir dengan huruf n, seperti dalam dua ayat ini: 1. Aku berharap engkau tidak lupa akan daku. 2. Jangan tinggalkan daku. Soalan yang ingin saya ajukan ialah: Jika kata "daku" diganti dengan kata "aku" dalam ayat (1) dan ayat (2), adakah ayat menjadi salah? Saya merasakan kedua-dua ayat tersebut salah jika "daku" diganti dengan "aku" sebab kata ganti nama diri orang pertama yang mengikut kata kerja transitif yang berakhir dengan huruf n (contohnya, tinggalkan) dan kata sendi nama yang berakhir dengan huruf n (contohnya, akan) mestilah berbentuk "daku", dan bukan "aku". Peraturan ini dikemukakan oleh Nik Safiah Karim. | Daku sama maksudnya dengan aku, khususnya bagi penggunaan kata sebelumnya yang berakhir dengan huruf n. Tidak ada maklumat lain dalam data kami tentang penggunaan kata tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan, sila gunakan perkataan tersebut mengikut kelaziman penggunaannya. | Tatabahasa | 15.02.2015 |
apakah yang dimaksudkan dengan ragam bahasa. contoh- contoh ragam bahasa. serta kepentingan ragam bahasa | Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut : i. Ragam bahasa lisan ii. Ragam bahasa Melayu tulisan iii. Bahasa-bahasa daerah iv. Laras-laras bahasa Melayu moden. Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Makna | 23.02.2010 |
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaan | Merujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 18.08.2010 |