Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan laut, Megalops cyprinoides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bulan Bahasa dahulunya diadakan pada bulan September. Mengapa sekarang ii telah ditukarkan kebulan OktoberBulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, program BBK diadakan pada bulan Oktober kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan September.Lain-lain27.10.2010
Jawapan yang manakah betul ? 2 I Sambal nasi lemaknya itu panas kerana terlebih cili. II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas. III Mak Limah panas dengan kerenah anak cucunya yang ramai itu. IV Berita panas itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan luar Negara. A I dan II B I dan III C II dan III D I I dan IVSdr. jawapan yang betul ialah D- ii dan iv.Tatabahasa11.09.2007
Salam sejahtera, 1.Para ibu bapa duduk di bawah khemah untuk memberikan sokongan kepada anak mereka. (Para ibu bapa menunjukkan jamak,jadi 'anak mereka' perlu jamak?=anak-anak mereka'. 2.Ahli bulan sabit merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. (bulan sabit merah dalam ayat ini digolongkan sebagai kata nama am atau kata nama khas?).Menurut data kami, rangkai kata i. Para ibu bapa duduk di bawah khemah memberikan sokongan kepada anak mereka betul. Ayat yang betul ialah ii.  Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera.Tatabahasa03.09.2019
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 4. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.

 Jawapannya ialah 1. sementara. 2. D. 3. II.III, IV.

Tatabahasa08.04.2010
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah 1. D-sementara, 2. D-Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu., 3. C-II Yang berambut panjang itu abang kamu? dan III Di manakah kamu simpan pakaian kamu?

Lain-lain12.04.2010
Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti yang berikut ke dalam bahasa Melayu. i. field; ii. promotion; dan iii. body politic or body corporate. Perkataan-perkataan di atas digunakan dalam peruntukan di bawah seksyen 5, 12 dan 13 Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] seperti di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; … Application of income and property 12. (1) The income and property of the Corporation, whencesoever derived, shall be applied solely towards the promotion of the objects of the Corporation as set out in this Act, and no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly by way of dividend, bonus or otherwise howsoever by way of profit to the members of the Corporation: (bersambung)Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan  teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2022
Salam, benarkah penggunaan "justeru" dalam ayat ini "Saim akan menduduki UPSR, justeru dia membuat persiapan yang rapi." Sekian, terima kasih.Justeru membawa dua makna, iaitu i: Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar; dan ii: malahan, bahkan. Penggunaan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "oleh Itu". Saim akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Oleh itu, dia perlu membuat persiapan yang rapi.Tatabahasa17.05.2013
Tuan, MOHON KHIDMAT NASIHAT Sekiranya saya menggunakan "/" dalam sesuatu ayat, adakah perlu dijarakkan dengan perkataan sebelum dan selepas penggunaan "/"? Contoh: pemeriksaan keluar/masuk Terima kasih.

Tanda miring (/) digunakan sebagai penganti kata dan, atau, per, atau pada nombor alamat. Contohnya: (i) Harganya RM2.50/meter. (ii) mahasiswa/mahasiswi (iii) Sewanya RM130.00/bulan. (iv) mengkaji fonologi dan/atau morfologi.

Penggunaan dalam penyataan puan adalah seperti yang berikut: Pemeriksaan Keluar/Masuk
Tatabahasa25.03.2014
Salam Saudara/Saudari, 1) Mohon tunjuk ajar cara pengunaan ke dan kepada. (Mohon tunjukkan contoh sekali) 2) Apakah sinonim yang profesional bagi "dihantar"? 2) Adakah yang berikut betul? "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar kepada Jabatan X" atau "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh:
i. Mereka akan ke Kuantan esok
ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. 

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh:
i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu
ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan
iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

3. Apa yang dimaksudkan sinonim yang professional bagi "dihantar", tidak jelas. Berikut makna bahgi "hantar"
1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh.
2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali.
3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran.
4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan.
5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar.

3. Ayat yang betul, "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"

Tatabahasa19.08.2015
Menurut jawapan pihak Tuan, perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Akan tetapi, berdasarkan penerangan di atas, saya hendak mengemukankan beberapa butir untuk ditelitikan. 1. Ali memberi adik (objek bernyawa) air. 2. Ali memberikan air (objek tak bernyawa) kepada adiknya. Dua ayat ini betul menurut penerangan di atas. 3. Ali memberi/memberikan anaknya (objek bernyawa) kepada keluarga itu. 4. Disebabkan miskin, Ali telah memberi/memberikan anak bongsunya (objek bernyawa) kepada jirannya. Bagaimana pula dengan dua ayat di atas? 4. Bos tidak memberi/memberikan gaji (objek tak bernyawa) bulan ini. 5. Cikgu sudah memberi/memberikan arahan (objek abstrak) kali kedua. 6. Nenek suka memberi/memberikan nasihat (objek abstrak). Harap Tuan dapat menjawab soalan saya dgn penerangan yg teliti. Setahu saya, mem...kan akan diikuti dengan kepada, manakala mem... itu sendiri tidak perlu. Contoh: 1. Dia memberikan kucingnya (objek bernyawa) kpd jirannya. 2. Dia tidak suka memberi nasihat. Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? Sekian terima kasih.

Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna:
(i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku.
(ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

Maka, ayat yang betul ialah:
1. Ali memberi adik air.
2. Ali memberikan air kepada adiknya.
3. Ali menyerahkan anaknya kepada keluarga itu. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini)
4. Disebabkan miskin, Ali telah menyerahnya anak bongsunya kepada jirannya. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini)
4. Bos tidak memberikan gaji pada bulan ini.
5. Cikgu sudah memberikan arahan kali kedua kepada pelajar itu.
6. Nenek suka memberikan nasihat kepada cucu-cucunya.
Tatabahasa24.03.2015
12

Kembali ke atas