Tuan, Cth ayat: Gadis itu cantik bagai bulan purnama Tuan , adakah bagi pola ayat ini ialah Frasa Nama + Frasa Adjektif Atau Frasa Nama + Frasa Sendi ? Yang mana satu betul? | Gadis itu cantik bagai bulan purnama. Pola ayat tersebut ialah FN + FA. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
SALAM.SAYA INGIN MENULIS LIRIK LAGU NASYID YANG BERKISAR TENTANG KISAH PERJUANGAN RASULLULLAH SAW..ANTARA "MU" DAN "NYA",YANG MANAKAH LEBIH SESUAI DIGUNAKAN.CONTOH LIRIK;"bagai bulan purnama,terzahir nur wajahMU.." | Saudara Nurul, Pada pandangan kami kedua-dua bentuk boleh digunakan kerana ia bergantung pada cara dan maksud yang hendak disampaikan. "Mu" memperlihatkan penyampaian maksud secara langsung kepada pihak kedua manakala "Nya" memperlihatkan penyampaian maksud yang lebih umum tentang pihak ketiga. | Lain-lain | 13.02.2010 |
Mohon dapatkan istilah bahasa Melayu kepada fenomena 'super moon'... | Tuan, setakat ini tidak ada istilah khusus untuk merujuk kepada fenomena "Super Moon", walau bagaimanapun, tuan boleh menguna istilah "bulan purnama" atau "bulan penuh". | Istilah | 10.01.2014 |
Maklum balas Khidmat Nasihat - tiada istilah khusus untuk "Supermoon". Bulan purnama bermaksud bulan bulat penuh pada 15hb. Purnama raya bermaksud purnama yang sebulat-bulatnya. Kamabng/ambang bermaksud terapung. Fenomena Supermoon "moon is full at its closest point to the Earth" bermaksud bulan mengambang kelihata terdekat dengan bumi. Jika purnama bermaksud bulan yang bulat benar, dan kambang berkmasud terapung seoalah-olah mengapung di udara (bukan angkasa). Bolehkah supermoon itu disesuaikan istilahnya dengan purnama ambang? Setitdak-tidaknya bahsa Melayu mempunyai istilah tertentu untuk supermonn. | Berdsarkan semakan kami "supermoon" ialah fenomena bulan penuh sama seperti full moon, hanya yang berbeza fenomena "supermoon" bulan kelihatan lebih besar kerana faktor jarak bulan dengan bumi. Pada ketika ini terjemahan "supermoon" dikekalkan kepada bulan penuh (supermoon) dan diletak dalam kurungan perkataan bahasa sumbernya bagi mengelakkan kekeliruan dengan terjemahan full moon. Perkara ini telah dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapatkan istilah yang tepat bagi fenomena tersebut. | Istilah | 14.07.2022 |
Bulan Yang tidak dipagari bintang Cahayanya yang menerangi Gelap gulitanya malam Bediri kaku seorang insan Terpesona dek kemilauan Sang bulan Indah sunguh purnama malam ini Membuat diri memuji kebesaran Ilahi Dan mengarang sebuah puisi ASSALAMUALAIKUM TUAN, SAYA MEMINTA UNTUK PIHAK TUAN MENYEMAK HASIL PENULISAN RINGKAS SAYA DI ATAS INI TERIMA KASIH | Tuan, sila hantar hasil nukilan tuan ini ke bahagian Majalah atau Buku Umum DBP untuk dinilai secara betul. | Sastera | 28.02.2019 |
Adakan DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April depan?Jika ya, saya ingin berkongsi maklumat bagi menjalankan program di sekolah. | DBP akan mengadakan program sempena sambutan Hari Buku Sedunia ini pada bulan Ogos sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Puan boleh menghubungi Puan Filzah Ibrahim di Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.04.2009 |
SAYA TELAH HASILKAN BEBERAPA KARYA SASTERA HASIL BUAH FIKIRAN SAYA SENDIRI DAN BELUM PERNAH DITERBITKAN DI MANA-MANA BUKU.KARYA SASTERA TERSEBUT BERUPA PUISI MODEN,CERPEN DAN NOVEL DALAM BAHASA MELAYU.OLEH ITU, SAYA INGIN MEMPERKEMBANGKAN BAKAT PENULISAN SAYA INI,NAMUN SAYA TIDAK TAHU HENDAK BERMULA DARI PERINGKAT MANA.SELAIN ITU,SAYA INGIN MENJADI SALAH SEORANG PENULIS MUDA DI MALAYSIA.SAYA JUGA TELAH MEMENANGI BEBERAPA ANUGERAH DI PERINGKAT SEKOLAH TERUTAMA DALAM AKTIVITI BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH. | Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berminat menjadi penulis. Ada beberapa cara puan boleh mengembangkan bakat penulisan puan, antaranya: 1. Puan terus menulis dan mengirimkan karya puan kepada mana-mana penerbit untuk diterbitkan. 2. Puan menyertai bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan-persatuan penulis, ataupun oleh pihak swasta [misalnya syarikat akhbar dan Akademi Penulis (latihan@akademipenulis.com.), dan lain-lain]. Untuk meninjau peluang mengikuti bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBP,puan boleh menghubungi Pn. Hjh. Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran(e-mel: aisah@dbp.gov.my), atau En. Shahrun Nizal Mohd Nor (shahrun@dbp.gov.my) di Pusat Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA). 3. Puan menjadi ahli persatuan penulis di tempat/negeri puan supaya puan boleh berkongsi pengalaman dengan penulis-penulis yang berpengalaman. Untuk mengirimkan karya puan ke DBP, sila hubungi pegawai berikut: (a) Pn Norimah Bajuri, (norimah@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, atau (b) En Arshad Rawian (arshad@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. | Lain-lain | 09.10.2010 |