Pinangan Irfan ditolak____ oleh keluarga Irma kerana Irfan tidak berkelulusan tinggi dalam pelajaran. A bulat-bulat B mentah-mentah (munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai? TK) | Mentah-mentah | Tatabahasa | 07.03.2013 |
yang manakah tepat ? 1. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 2. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bolehkah pembetung digantikan dengan pembentung? Alang-alang menyeluk pekasam membawa maksud jika sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. masyarakat pula secara umumnya menerima peribahasa ini seperti peribahasa alang-alang mandi biar basah. Adakah penggunaan ini tepat? | 1. Untuk makluman, peribahasa yang tepat ialah bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 2. Pembetung tidak boleh digantikan dengan pembentung. 3. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu iaitu sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat Melayu, peribahsa itu sering disamakan dengan alang-alang mandi biar basah. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada konteks penggunaannya ketika itu.
| Tatabahasa | 22.10.2015 |
salam...boleh sy tanya ejaan sebenar untuk ini..bergedil atau bergedel?? | Ejaan yang tepat adalah 'bergedel' yang merujuk kepada makanan yang dibuat daripada ubi kentang dan daging yang dilumatkan bersama, dibentuk bulat-bulat kecil, dan digoreng. | Ejaan | 25.07.2012 |
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Permukaan meja itu bulat. (b) Permukaan meja itu berbentuk bulat. (c) Meja itu berbentuk bulat. (d) Meja itu bulat. | Ayat yang tepat dan gramatis: Meja/Permukaan meja itu berbentuk bulat.
| Tatabahasa | 06.11.2015 |
Assalamualaikum. Adakah betul ayat ini: "Ini cuma pendapat; boleh dimarahkan kalau nak memarahi, boleh ditolak kalau nak menolak, boleh didebatkan kalau nak berdebat, boleh dikritik kalau nak mengkritik. Boleh diterima kalau nak menerima, tapi tak boleh diambil bulat-bulat." Terima kasih. | Ayat ini tidak gramatis. Apabila hendak membina ayat yang mempunyai rima pastikan juga hukum tatabahasanya betul. Contohnya frasa "boleh dimarahkan kalau nak memarahi", dimarahkan ialah bentuk pasif bagi memarahi tetapi subjek dan predikatnya tidak lengkap dan lazimnya perbuatan marah kesannya kepada manusia itu sendiri, bukan percakapannya.
| Tatabahasa | 07.05.2013 |
perdebatan tentang peribahasa 'bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat'.wajarkah ia di bahaskan???? | Peribahasa ini boleh dijadikan tajuk perbincangan atau perbahasan mengikut konteks yang bersesuaian . | Lain-lain | 25.08.2010 |
Apakah maksud peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat"? | Maksudnya kata sepakat tercapai dengan mesyuarat. | Tatabahasa | 01.11.2009 |
Tuan, Mana satukah yang betul? 1) Bulat air kerana pembetung, ... atau 2) Bulat air kerana pembentung, ...? Terima kasih. | Peribahasa yang dirakamkan dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat". | Lain-lain | 13.09.2011 |
maksud (1) Demografi dan Biografi (2) Bulat air kerana pembetung ............. (mohon berikan peribahasa ini dengan penuh) | DEmografi ialah kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk dalam tempoh tertentu. Biografi ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. Peribahasa lengkap : Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. | Makna | 08.07.2008 |
Apakah kelas kata bagi bulat hati? | Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. “Bulat hati’ terdiri daripada dua kata dan mengikut Kamus Dewan, bulat hati mempunyai dua maksud, iaitu lurus hati dan tegap (teguh) hati atau sungguh-sungguh. | Makna | 13.01.2015 |