Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.mi.pu.te.ra] | بوميڤوترا

Definisi : anak negeri, peribumi;membumiputerakan menjadikan sesuatu bersifat, milik dsb bumiputera, memperibumikan: ada saranan utk ~ beberapa syarikat asing yg beroperasi di negara ini;kebumiputeraan perihal bumiputera, yg berkaitan dgn sifat-sifat bumiputera, keperibumian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.mi.pu.te.ra] | بوميڤوترا

Definisi : anak tulen dr sesebuah negara; peribumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumiputera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya mendapatkan definisi yang tepat dan mudah difahami serta mudah untuk dijelaskan kepada orang ramai mengenai Defisini:- i. Bumiputera ii. Bukan Bumiputera

Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan bukan bumiputera. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan.

Makna08.04.2011
Adakah perkataan bumiputera perlu dimulakan dengan huruf besar (Bumiputera) dalam semua keadaan/penulisan.'Bumiputera' ialah kata nama am. Hanya ditulis dengan huruf besar pada permulaan ayat selepas noktah sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa18.05.2009
Minta penjelasan TAKRIFAN BUMIPUTERA selain dari bangsa Melayu bangsa apakah yang ditakrifkan sebagai BUMIPUTERA dalam Negara Malaysia ini. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Sila rujuk Perlembagaan Malaysia untuk maklumat lanjut. Terima kasih.Makna23.06.2008
apakah bezanya bumiputera dng melayuKamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. 

Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah.
Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu.
Tatabahasa28.11.2012
apa maksud/takrif Bumiputera dan Pribumi DAN apakah perbezaan antara kedua-duanya? terima kasih

Bumiputera ialah anak negeri, peribumi;membumiputerakan menjadikan sesuatu bersifat, milik dan sebagainya. Peribumi pula tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat. Oleh yang sedemikian, Kamus Dewan memberi makna secara umum bahawa bumiputera sama maksudnya dengan peribumi iaitu merujuk anak negeri atau penduduk asli yang tidak ada perbezaannya.

Makna11.12.2019
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial.Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan.Istilah01.11.2012
assalamualaikum.saya ingin bertanyakan tentang maksud sebenar bumiputera dan pribumi?adakah keduanya membawa maksud yang sama?ada yang mengatakan pribumi bermaksud mereka yang lahir di malaysia tanpa mengira bangsa dan agama manakala bumiputera bermaksud orang melayu dan penduduk sabah dan sarawak?benarkah?tolong sahkan perkara ini..terima kasih...Kamus Dewan memberi makna secara umum, bumiputera sama maksudnya dengan peribumi iaitu merujuk anak negeri atau penduduk asli. Untuk maklumat yang lebih terperinci tentan kedua-dua perkataan tersebut sila rujuk buku atau pakar dalam bidang antropologi.Makna21.11.2009
Saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan 'BUMIPUTRA'.Ejaan yang betulnya ialah 'bumiputera'. Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Harap maklum.Makna19.02.2008
Saya ingin memohon semakan kata nama am dan khas daripada pihak DBP merujuk kepada perkataan-perkataan yang dilampirkan di bawah; 1. Perbadanan Awam atau perbadanan awam? 2. Badan Berkanun atau badan berkanun? 3. kategori kata nama bagi 'Suruhanjaya', 'kerajaan', 'pihak berkuasa' 4. Bumiputera Sabah atau bumiputera Sabah? 5. agensi separuh kerajaan atau Agensi Separuh Kerajaan? 6. 'Terdapat 2 jenis jabatan...' atau 'Terdapat dua jenis jabatan...' Terima Kasih.Ejaan yang betul ialah perbadanan awam, badan berkanun, suruhanjaya, kerajaan, pihak berkuasa, bumiputera Sabah, agensi separuh kerajaan dan jabatan.Tatabahasa01.12.2014
saya ingin bertanya susunan perkataan yang betul, untuk makluman syarikat kami mempunyai nama/perkataan yang panjang contoh seperti di bawah:- Yang benar, (ANISAH BINTI AZIZ) Ketua Jabatan Data Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Bumiputera Sdn. Bhd. Soalan saya adakah betul dari segi bahasa menjarakkan susunan usahawan bumiputera Sdn. Bhd. dalam aktiviti surat menyurat di atas atau yang sebetulnya dari segi perkataan seperti di bawah:- Yang benar, (ANISAH BINTI AZIZ) Ketua Jabatan Data Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Bumiputera Sdn. Bhd. Mohon penjelasan. Terima KasihSusunan yang betul:

Yang benar,

____________
(ANISAH BINTI AZIZ)
Ketua Jabatan Data,
Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan Bumiputera Sdn. Bhd.
Lain-lain18.09.2015
12345678

Kembali ke atas