saya Bun Van sedang belajar bahasa malayu dasar di university fatoni ingin bertanya apakah maksud Orang Asing ? terima Kasih. | Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua "orang asing" merujuk kepada orang yang berasal dari negara lain. | Makna | 03.11.2015 |
saya Bun Van sedang belajar bahasa malayu dasar university fatoni | Sila bekalkan soalan untuk Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 03.11.2015 |
Salam. Sya bekerja di kilang roti. Untuk produk 'Slice Cake Banana' jika mahu ditukarkan dalam bahasa melayu, apakah nama yang sesuai untuk digunakan pada pembungkusan? Lagi, Pandan Kaya Cream Bun, adakah ditukar bahasa melayu menjadi Ban Krim Pandan Kaya. Terima kasih. | Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk 'Slice Cake Banana' ialah 'Sepotong Kek Pisang'. 'Pandan Kaya Cream Bun' dalam bahasa Melayu ialah 'Ban Krim Kaya Pandan'.
| Makna | 09.05.2021 |
Assalamualaikum, Dalam surat kiriman rasmi ada slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA". Ada juga jabatan lain memasukkan slogan jabatan mereka sendiri atau memeasukkan juga tema Hari Kebangsaan "SEHATI SEJIWA". Soalannya, yang manakah perlu ditulis dahulu? BUN atau slogan jabatan sendiri atau tema Hari Kebangsaan? Terima kasih | Dalam surat kirirman rasmi, slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" diletakkan di bahagian atas, slogan-slogan lain diletakkan selepasnya, seperti: "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' "SLOGAN JABATAN" "SLOGAN HARI KEBANGSAAN/KEMPEN SEMASA" | Tatabahasa | 17.11.2015 |