Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.dar] | بوندر

Definisi : bujur spt bentuk bulat yg dileperkan, buntar: penumpang sekarang menyaksikan laut yg ~ spt dulang raksasa;membundar nampak bundar, merupakan bundar; membundarkan menjadikan bundar;bundaran sesuatu yg bundar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.dar] | بوندر

Definisi : berus (utk membersihkan pakaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.dar] | بوندر

Definisi : 1 bentuk atau ruang yg sempadannya berupa garis lengkung yg sama jaraknya dr pusat. 2 berbentuk spt bentuk roda; berbentuk bundar 1: meja ~ meja yg bundar bentuknya. membundar menjadi bundar (bkn sesuatu). membundarkan menjadikan sesuatu berbentuk bundar. bundaran sesuatu yg bundar bentuknya; lingkaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bundar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "bulat" dan "bundar"?Berdasarkan Kamus Dewan bundar bermaksud bujur seperti bentuk bulat yg dileperkan. Maka perbezaannya antara kedua-keduanya boleh dilihat pada bentuk, iaitu bujur.Makna08.09.2014
berikan ayat bundar.Merujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, Jenis-jenis ayat ialah: Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan; tidak ada Ayat Bundar dalam sumber rujukan kami. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 441.Tatabahasa31.01.2011
Apakah perbezaan antara makna bentuk lonjong dan bundar? Adakah terdapat perbezaan antara kedua-dua makna bentuk tersebut?Bentuk lonjong ialah bentuk yang bulat panjang seperti bentuk buah kundur manakala bentuk bundar ialah bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan.Makna23.01.2019
Apakah perbezaan antara makna bentuk lonjong dan bujur? Adakah terdapat perbezaan makna antara kedua-dua bentuk tersebut?Bentuk lonjong ialah bentuk yang bulat panjang seperti bentuk buah kundur manakala bentuk bundar ialah bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan.Makna23.01.2019
Apakah kata lawan kepada sepet iaitu keadaan kelopak mata yang ada dua garisan.

Saudara/Saudari,

Lawan kepada mata yang sepet lazimnya digunakan bundar dan bulat.

Lain-lain10.09.2012

Kembali ke atas