Peribahasa BM meliputi simpulan bahasa, bidalan, pepatah, perumpamaan dan apa lagi? | Peribahasa ialah: ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu. Selain maksud yang disertakan peribahasa juga meliputi perbilangan, kata adat, perbahasan, kiasan, bunga bahasa, ibarat, missal dan ungkapan. Sebenarkan saudara tidak perlu bertanya dalam KNB ini kerana boleh merujuk sendiri dalam kamus. | Lain-lain | 17.08.2014 |
kobis bunga atau bunga kobis, mana satu yang betul? | Istilah yang betul ialah kubis bunga, padanan dalam bahasa Inggeris ialah cauliflower. | Istilah | 24.04.2013 |
saya nak tanya apa ertinya perkatan chrysanthemum dalam bahasa melayu | Perkataan chrysanthemum merujuk sejenis bunga, iaitu bunga kekwa. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 09.07.2009 |
Salam sejahtera. Bagaimana hendak membezakan antara "spark" dengan "firework" kerana di sini ia diterjemahkan sebagai "bunga api" (sebenarnya kedua-dua itu mempunyai maksud dan konsep yang berbeza). Jadi adakah "percikan api" lebih sesuai untuk "spark" berbanding "bunga api". Harap boleh berikan keterangan lanjut. | Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, spark membawa maksud (1) bunga api yang dihasilkan apabila dua ketul batu saling digeselkan; (2) percikan api. Firework ialah bunga api. Dalam bahasa Melayu, sesuatu perkataan boleh dibezakan dengan konteks, contohnya, pesta bunga api – bunga api dalam konteks ini boleh merujuk pada firework, dan juga boleh merujuk pada spark apabila kita memahaminya sebagai pesta percikan api. | Istilah | 13.02.2014 |
Salam sejahtera. 1. Manakah lebah berada di bawah bunga? 2. Lebah manakah berada di bawah bunga? Manakah satu bentuk soalan yang mengguna hukum bahasa dengan betul? Adakah "Manakah" mesti diletak di bahagian depan sekali ? | Ayat yang betul, Manakah lebah yang berada di bawah bunga? | Tatabahasa | 05.12.2017 |
Apakah padanan untuk "flowerbed" atau "flower bed" yang merujuk kepada kawasan tanaman bunga di keliling air pancut atau taman-taman bunga. terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah flower-bed ialah batas bunga. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 02.08.2023 |
Assalaamualaikum, Minta tolong dengan istilah melayu bagi; 1. bunga FORGET-ME-NOT 2. burung KOOKABURRA ... dan pernahkan dewan terbitkan buku tentang nama bunga & burung negara ini? Teriman kasih. | Encik Adli, Nama bunga 'forget-me-not' tiada padanannya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun 'burung kookaburra' dieja sebagai burung kokabura dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang antaranya memuatkan senarai nama bunga, pokok dan haiwan. buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, tingkat bawah, Menara DBP. | Lain-lain | 29.12.2009 |
Pokok Tabebuia Pentaphylla, bunganya digelar *tecoma dalam bahasa Inggeris. Jabatan Pertanian Malaysia guna *tecoma, sedangkan Majlis Bandaraya dan akhbar tempatan gelar bunga *tekoma (dengan huruf k). Mohon pencerahan ejaan bahasa Melayu standard bagi bunga tersebut. | Berdasarkan sebutan, padanan ejaan tecoma dalam bahasa Melayu ialah tekoma. | Ejaan | 26.03.2021 |
Assalamualaikum, salam sejahtera, sebelum ini saya ada bertanya berkaitan perkataan "jentu" dan "pedunkel". Saya sedia maklum yang "pedunkel" tidak merujuk khusus pada tangkai bunga tetapi juga anatomi pada tubuh badan. Tapi adakah "jentu" di sini boleh merujuk pada "pedunkel" yang ada pada tumbuhan berdasarkan huraiannya iaitu, "jentu" merujuk pada "tangkai yang terbesar pada gubahan bunga" (di mana "gubahan bunga" boleh merujuk pada "infloresens"), sedangkan "pedunkel" pula adalah "tangkai induk yang menyokong infloresens"? | Penggunaan kata "jentu" bagi makna "pedunkel" pada tumbuhan perlu dipersetujui dan disepakati oleh pakar bidang tersebut dan pakar bahasa. Walaupun, makna kata ini mempunyai persamaan namun penerimaan dan perakamannya dalam sesebuah kamus perlu mendapat pengesahan pakar. Cadangan untuk menggunakan kata "jentu" ini dalam penulisan ilmiah atau dalam penyebaran ilmu dan sebagainya adalah baik, namun maknanya perlu diberikan takrifan baharu seperti "pedunkel" yang berbeza daripada makna "jentu" sekarang (terhad kepada makna untuk gubahan bunga; bukan tumbuhan yang asli). | Makna | 29.05.2023 |
Memohon untuk semakan kepada terjemahan perkataan 'flowerbed' kedalam bahasa melayu. Penggunaan yang biasa dilihat adalah 'tempat tidur bunga' yang mana tidak menggambarkan maksud yang tepat. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah flowerbed ialah batas bunga. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 17.12.2022 |