Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : patah lagu yg biasanya terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata-kata dlm lagu, biasanya yg terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagu (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,

2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,

Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon pencerahan versi sebenar lagu kanak2 berikut Air pasang malam atau air pasang pagi atau air pasang dalam? Pokok bunga melur tanam tepi kolam atau tepi batas? Itik bertelur ayam menetas atau mengeram? Terima kasih
Untuk makluman tuan, lirik lagu kanak-kanak ini bukanlah di bawah bidang kuasa dan hak cipta DBP. Oleh itu, DBP tidak mempunyai maklumat tepat tentang  lirik lagu yang betul.  Walau bagaimanapun, kebiasaannya lirik lagu yang biasa dijumpai ialah seperti yang berikut: 

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.
Lain-lain15.11.2021
Apakah perbezaan penggunaan kata 'Negara' dan 'Kebangsaan'?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kebangsaan bermaksd yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional: semangat kebangsaan; dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian, dan sebagainya: pakaian kebangsaan; bunga kebangsaan; bahasa kebangsaan; yang dicipta khas untuk dinyanyikan sebagai menyatakan taat setia kepada negara: lagu kebangsaan.

Negara pula bemaksud kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan. Selain itu, bermaksud sesuatu kawasan yang didiami oleh masyarakat tersebut.

Makna09.01.2020

Kembali ke atas