Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ). | Jawapan 1: B. kuncup Jawapan 2: D. likat Jawapan 3: A. tepi | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Adakah bunga raya, bunga matahari dan jenis bunga yang lain merupakan kata nama am? | Salam Sejahtera, Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 08.01.2020 |
Saya sertakan fail di bawah bagi semakan istilah-istilah Bahasa Melayu yang saya gunakan untuk senarai bahan-bahan. | Berikut terjemahan yang betul: Bahan: Tepung Gandum, Lelemak Sayuran, Gula, Oat, Tepung Susu, Ubi, Biji Bunga Matahari, Halia, Garam, Sodium Bikarbonat, Ammonia Bikarbonat, Pengimulsi, Serbuk Kayu Manis, Mentega Vanila. Ingredients: Wheat Flour, Vegetable Shortening, Sugar, Oats, Milk Powder, Tapioca, Sunflower Seed, Ginger, Salt, Sodium Bicarbonate, Ammonium Bicarbonate, Emulsifier, Cinnamon Powder, Butter Vanilla. Untuk padanan istilah yang lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
| Istilah | 05.06.2014 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Adik tersenyum (tajam) apabila melihat telatah pelawak itu. (b) Sepakan yang (tajam) oleh pemain itu mengenai tiang gol. (c) Kakak menyiram pokok bunga matahari yang sudah (luntur) itu. (d) Kemarau panjang yang melanda di kampung itu menyebabkan air sungai itu (luntur). (e) Kebanyakan remaja itu suka menghabiskan masa lapang mereka di (lubang) Tasik Biru. (f) Anita telah mendapat (tapak) dalam pasukan bola jaring sekolahnya. (g) Mata Maru menjadi (keras) selepas bangun daripada tidur. (h) Pak Uteh (mengisi) sawah itu dengan benih padi yang baru dipindah dari tapak semaian. (i) Ayah (mengisi) lubang itu untuk menanam sampah sarap. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
Tuan/Puan, Merujuk kepada Soalan 1 (tarikh soalan 12/03/2013) yang telah diberi jawapan sebagai B. kuncup. Amat dihargai jika tuan/puan boleh menerangkan lebih lanjut bagaimana jawapan itu diperoleh kerana menurut pihak penyedia soalan masih tetap dengan jawapan (D. layu) selepas menyemak kamus DBP. Saya ulangi soalan tersebut seperti di bawah:- Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik C. kembang B. kuncup D. layu | Mekar bermaksud mulai berkembang. Pada pandangan kami, kata lawan bagi mekar ialah kuncup yang didefinisikan dalam Kamus Dewan sebagai tidak mekar. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Slm. Bolehkah tuan semak ayat di bawah. 1. Dalam perjalanan/perjalanannya pulang 2. Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannta yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga. 4.Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyer sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 5.Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai Si Buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata Si Monyet. 7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu tentu akan demam jika berpanas dia bawah matahari terik. 8.Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat. | Ayat yang betul ialah: 1. Dalam perjalanan pulang... 2. Setelah memeriksa sangkar beruang Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa beruang Dodo telah terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika beruang Dodo terlepas kemungkinan beruang Dodo akan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga. 4. Sedang si buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 5. Tiba-tiba, si buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala si monyet. 6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai si buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata si monyet. 7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu pasti akan demam jika berpanas dia bawah matahari yang terik. 8. Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat.
| Tatabahasa | 18.12.2018 |