Dalam keadaan bagaimanakah, Bunga Raya dikenali kata nama khas dan keadaan yang bagaimana pula dikenali sebagai kata nama am? Menurut keputusan carian di halaman web DBP, terdapat jawapan berikut: "Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas."-18.05.2008 "Dalam konteks kata nama am, dieja bunga raya dan bunga kebangsaan."-13.05.2011 soalan"Bunga Raya ataun bunga raya?" jawapan" bunga raya"-02.04.2011 soalan"bunga raya atau Bunga Raya" jawapan" Bunga Raya"-28.04.2011 | Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah bunga raya sama seperti bunga ros, teratai dan orkid. Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. Kami mohon maaf atas kesilapan jawapan tersebut. | Ejaan | 10.10.2012 |
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia.Adakah perkataan / frasa ini tergolong sebagai kata nama khas, katanama am atau kata majmuk. | Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas. | Tatabahasa | 18.05.2008 |
Adakah bunga raya, bunga matahari dan jenis bunga yang lain merupakan kata nama am? | Salam Sejahtera, Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 08.01.2020 |
Assalam. Adakah bunga raya dan seumpamanya kata nama khas. Jika ya, ejaan bunga huruf besar atau kecil. Hurai juga perkara lain yang berkaitan. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah bunga raya sama seperti bunga ros, teratai dan orkid. Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. | Ejaan | 27.01.2018 |
Saya ingin bertanya apakah nama-nama tempatan tumbuhan seperti bunga raya, bunga ros, durian belanda dan sebagainya tergolong dalam kata nama am ataupun khas? Terdapat dua jawapan berbeza berdasarkan tahun di arkib khidmat nasihat. Apabila digunakan sebagai tajuk, adakah perlu saya menggunakan ia sebagai kata nama khas? Contohnya 'Pokok Durian Belanda' atau saya masih boleh menggunakan kata nama am iaitu 'Pokok durian belanda'? | Perkataan durian belanda, bunga ros, bunga raya tergolong dalam kata nama dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
bunga raya ialah nama am atau nama khas | Kata nama khas. | Lain-lain | 12.11.2008 |
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah?? | Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air. | Tatabahasa | 23.11.2012 |