Apakah maksud perkataan ”pemolek” dalam maksud “bunga-bungaan” yang ada di “Kamus Dewan Edisi Keempat” di makna ketiga “3. pemolek (hiasan)” itu? Adalah maksud pemolek ialah hiasan? Boleh jelaskan? Pautan: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bunga-bungaan&d=175768LIHATSINI Sekian,Terima Kasih. | Bagi kata "bunga-bungaan" makna ketiga dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah "pemolek (hiasan)". Pemolek di sini bermaksud kata-kata yang indah, kiasan dsb yang digunakan dalam pertuturan, seni kata dsb. Sila rujuk kamus yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Untuk lebih mendalaminya, tuan juga boleh merujuk bidang Kesusasteraan Melayu. | Makna | 23.04.2023 |
1.) Murid-murid menghiaskan pentas dengan bunga-bungaan. 2.) Murid-murid menghiaskan bunga-bungaan di atas pentas. Yang manakah penggunaan perkataan "menghiaskan" betul? | Menurut data kami, kedua-dua ayat di atas betul. | Lain-lain | 09.08.2016 |
Harap perbetulkan persepsi perbezaan penggunaan meN--i dengan meN--kan. 1. (Orang) menghiaskan (benda) e.g. (Saya) menghiaskan (meja) itu dengan bunga-bungaan. 2. (Orang) menghiasi (benda) e.g. (Saya) menghiasi (meja) itu dengan bunga-bungaan. 3. (Benda) menghiasi (benda) e.g. (Bunga-bungaan) menghiasi (meja) itu. Jika saudara/i ada logik-logik mudah untuk merungkai penggunaan imbuhan ini, harap berkongsi dengan saya. | Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu: i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal. ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas. iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Bunga-bungaan di taman itu berkembang segar-bugar dan mengeluarkan bau yang sangat harum. MUNSYI, SEGAR-BUGAR WAJARLAH DIGANTIKAN DENGAN APA KATA? TQ | Buang perkataan segar-bugar dalam ayat tersebut. Rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Sila lihat lampiran. Harap tuan/puann boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | 1. Kasut kaca terlucut daripada kakinya. 2. Dia menyamar sebagai penjual pelita. 3. “Tukar pelita lama dengan pelita baru!” jeritnya. 4. Dia menyuruh Jin Pelita menghantar ahli sihir itu ke tempat yang jauh dan mengembalikan istananya. 5. Dia tinggal di dalam hutan bersama dengan ibunya. 6. Dia berjalan pantas tetapi berhenti bagi memetik bunga-bungaan untuk neneknya. 7. Dia berkahwin dengan Putera Raja dan hidup bahagia selama-lamanya. | Tatabahasa | 11.01.2012 |