Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bung.kam] | بوڠکم

Definisi : tidak bersuara (bercakap dll), diam: ketika datang guru, murid-murid semua ~; akhbar-akhbar ~ tentang perkara itu; membungkam menjadikan tidak bersuara, menutup mulut: peraturan itu diadakan utk ~ akhbar-akhbar; bagaimanakah anda ~ kritikannya? kebungkaman keadaan bungkam, kesenyapan, kebisuan: jiwa Hidayah bergetar dlm ~ yg mencengkam daging dan tulang-temulangnya; pembungkaman perihal atau perbuatan membungkam; pembungkam alat utk membungkam (azimat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bung.kam] | بوڠکم

Definisi : tidak berbunyi atau tidak bersuara; membisu; diam; senyap: Ketika guru masuk, semua murid ~. membungkam 1 menutup mulut supaya diam. 2 membuat tidak berbunyi (tidak bersuara dsb). pembungkam 1 alat utk membungkam. 2 jampi dsb utk membungkam orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bungkam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
HALO,ASKUM, SY NK TANYA TENTANG MAKSUD AYAT GRAMATIS DLM CERPEN YG SESUAI DENGAN ZAMAN KINI,IAITU=TERKEKEH,SECARA BERKALA,BUNGKAM,DAN SAYA NAK TAHU PERBEZAAN AYAT GRAMATIS DAN DRAMATIS?

Waalaikumusslam wbk. 

Gramatis dalam cerpen bermaksud ayat yang dibina adalah berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Dalam hal ini ayat yang dibina adalah lebih menarik dibaca atau berseni. Maksud ayat:

i.     Terkekeh bermaksud ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak. Binaan ayat dengan kata sifat   ini dibenarkan dalam cerpen kerana ia jelas dan menarik. 

ii.     Berkala (keluar, terbit, dsb) bermaksud berulang-ulang pada waktu yang tetap (mengikut jangka waktu yang tertentu).

iii.    Bungkam bermaksud tidak bersuara (bercakap dll), diam.

Perbezaan ayat dramatis ialah ayat yang dibina oleh penulis drama mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa dan sifatnya lebih jelas, berseni dan menarik.

Lain-lain20.03.2008

Kembali ke atas