Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bung.kus] | بوڠکوس

Definisi : 1. = pembungkus bahan (kertas, kain, daun) utk membalut sesuatu: daun ~ nasi; 2. = bungkusan benda yg dibalut (dgn kertas, kain, daun, dll): se~ kain; ~-bingkis berbagai-bagai jenis benda yg dibalut; besar ~ tak berisi prb orang yg besar cakap dan tidak berisi;berbungkus berbalut: di tangannya ada benda-benda ~;membungkus 1. membalut: permata itu dibungkus dgn kain baldu; 2. menyembunyikan, merahsiakan: mereka pandai benar ~ rahsia hati masing-masing; 3. menangkap, memberkas (pencuri dll); ~ tulang dgn daun talas prb menyembunyikan rahsia dgn tidak hati-hati (mudah saja diketahui orang); sepandai-pandai ~, yg busuk berbau juga prb perbuatan yg salah itu lambat-laun akan ketahuan juga;membungkusi menyelubungi: keheningan malam itu terasa ~ diri kami;pembungkusan perbuatan (proses) membungkus;pembungkus 1. bahan (kertas, kain, daun, dsb) utk membungkus sesuatu; 2. orang (syarikat dsb) yg membungkus; 3. sesuatu yg digunakan utk atau dlm kerja membungkus: mesin ~ gula-gula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bung.kus] | بوڠکوس

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk sesuatu yg dibalut dgn kertas dsb: Tolong belikan saya rokok dua ~. 2 apa-apa yg digunakan utk membalut: Apakah yg ada di dlm ~ kertas itu? membungkus membalut sesuatu dgn kertas dll supaya tidak kelihatan: Emak saya sedang ~ nasi lemak dgn daun pisang. bungkusan sesuatu yg sudah dibungkus: Setiap ~ yg dibawa akan diperiksa oleh pihak kastam. pembungkusan perihal, perbuatan, proses dsb membungkus. pembungkus sesuatu (kertas, kain dsb) yg digunakan utk membungkus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bungkus

Puisi
 

Bunga lalang berikat benang,
     Bungkus mari dengan kain;
Rimau diam nampak senang,
     Jangan tepuk nak buat main.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Elok palut pengebat kurang.

Bermaksud :

Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih.Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat.  (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. Tatabahasa03.07.2010
packpek, bungkus, paketLain-lain24.07.2008
1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung ________ melihatnya. Apakah perkataan itu, jika "tempang" salah. 2. Beratus-ratus bungkus tepung dandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. Adakah ayat in betul? 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. Adakah ayat in betul? Terima kasih!1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung meluat/menyampah melihatnya. 
2. Beratus-ratus bungkus tepung gandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. - ayatini kurang tepat, sila baiki ejaan dan penggunaan kata sendi nama di ditukar kepada di dalam. 
3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. - ayat ini juga kurang tepat. Ditunjukkan bermaksud diperlihatkan, sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa19.03.2012
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan satu persoalan, yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata nama? Mengapa? I : Pemulauan II : Pengesyoran III: Pengangkutan IV : Pembungkusan

Jika yang dimaksudkan ialah kata dasar ada dua perkataan iaitu pengangkutan - kata dasarnya angkutan dan pembungkusan - kata dasarnya bungkus. Jika merujuk kata akar hanya satu sahaja iaitu pembungkusan - bungkus. Sila rujuk pihak yang menyediakan/menerbitkan soalan tersebut untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa26.05.2011
Adakah perkataan di bawah merupakan kata dasar yang terdiri daripada Kata Nama 1- Pemulauan 2- Pengesyoran 3- Pengangkutan 4- Pembungkusan Boleh jelaskan TQVMKata dasar ialah kata kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. jawapan kepada soalan saudara ialah: 2. Pengesyoran (syor sama makna dengan cadangan - kata nama), 3. Pengangkutan (angkutan - kata nama) dan 4. Pembungkusan (bungkus - kata nama). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu DewanTatabahasa27.05.2011

Kembali ke atas