Salam sejahtera ! Apakah padanan istilah bahasa Melayu bagi perkataan berbahasa Inggeris seperti berikut: 1. banner 2. bunting Terima kasih. | Terjemahan banner dan bunting ialah sepanduk dan gegantung. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.04.2015 |
Apabila menggunakan frasa 'bunting padi', perlukah disertakan dengan kata betis? Contohnya dua ayat ini: 1) Gadis itu berbunting padi. 2) Gadis itu berbetis bunting padi. Bolehkah kata betis itu ditiadakan? | Untuk makluman perkataan betis tidak boleh digugurkan bagi merujuk ayat yang diberikan. Ayat yang tepat ialah Gadis itu berbetis bunting padi. | Lain-lain | 22.06.2018 |
BUNTING 2'x6' (outdoor) pemasangan pada tiang lampu jalan sila semakan perkataan dlm bauntung yg dilampirkan dibawah... terimakasih... | Pembetulan: 1. JUALAN PROMOSI HARI RAYA 2. LANDSKAP AKUARIUM 3. 9.00 PG. - 6.00 PTG. 4. Tel. Sila buat pembetulan dan kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan lampirkan visual dalam fail jpeg atau gif. | Lain-lain | 22.06.2015 |
Cara utk mohon semakan bahasa bunting | 1. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. | Lain-lain | 25.04.2025 |
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Mohon kelulusan input bunting berikut : Logo PTPTN Tabung Pendidikan JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPN *Tertakluk pada terma dan syarat ** Gambar yang dipaparkan ialah ilustrasi sahaja ***PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa memaklumnya kepada pelanggan | Permohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/ Sekian terima kasih
| Istilah | 08.06.2017 |
Maklumat Permohonan No. Pendaftaran 23455/2017 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : 1. Tukar Off Jalan Jumbo kepada Melalui Jalan Jumbo Perkataan Off yang diletak pada bunting adalah alamat syarikat kami | Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 25.04.2017 |
Salam sejahtera, antara ayat berikut yang manakah penggunaan yang betul? Ia merupakan ayat yang terpapar di bunting untuk menyatakan penghargaan kepada pelanggan kami. 1. Terima kasih atas 2 tahun bersama 2. Terima kasih untuk 2 tahun bersama | Teks yang sesuai digunakan ialah “Terima kasih untuk 2 tahun bersama-sama kami”. | Tatabahasa | 15.08.2024 |
Saya ingin membuat iklan jawatan kosong menggunakan bunting, bagaimanakah caranya saya ingin mendapatkan kelulusan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | 1. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. 2. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. 3. Log masuk setelah akaun diaktifkan. 4. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. 5. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 6. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. 7. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. | Lain-lain | 13.09.2021 |
maksud Lembayung dari pelbagai aspek. Apakah ayat yang bersamaan dengan maksud Lembayung? terima kasih | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud 1. sj tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes; 2. = merah ~ warna ungu (merah ungu). | Makna | 05.04.2010 |