Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang | Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai persetujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan. | Lain-lain | 10.05.2009 |
Salam sejahtera. Saya tidak pasti sama ada soalan ini sesuai ditanya di ruangan ini atau tidak. Tetapi saya telah buntu untuk mencari kepastian tentang gaya penulisan yang sumbernya bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Saya telah merujuk hal ini kepada Munsyi tetapi tidak juga menemui jawapan yang memuaskan. Di sini saya sertakan contoh yang saya terjemahkan.. Contoh: Benes, E., Kramer, C., & Peterman, J. (1993). Minutiæ and insignificant observations from the nineteen-nineties. Journal about Nothing, 52, 475–649. Retrieved October 31, 1999, from Pro Quest database. Terjemahan Benes, E., Kramer, C., & Peterman, J. (1993). Minute and insignificant observations from the nineteen-nineties. Journal about Nothing, 52, 475–649. Diperoleh pada October 31, 1999, daripada Pro Quest database. Diharap pihak tuan dapat membantu. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk menyemak teks bahasa Inggeris. Saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia melalui talian 03-41497210 untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. | Lain-lain | 03.02.2012 |
Salam, bolehkah saudara@saudari maklumkan saya simpulan bahasa yang bermula dengan 'jalan' selain jalan tengah & jalan belakang berserta maksudnya? Terima kasih. | Contoh yang lain ialah jalan buntu yang bermaksud tidak ada kata sepakat dan jalan bahasa bermaksud cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus simpulan bahasa yang banyak terdapat di pasaran. | Lain-lain | 02.05.2013 |
Saudara, Dalam P&P di sekolah, saya telah terjumpa beberapa masalah bahasa yang perlu saya perjelaskan kepada pelajar. Malangnya, ilmu bahasa yang cetek pada pihak saya telah menemukan saya kepada jalan buntu. Saya harap pihak saudara dapat membantu saya. Jasa baik pihak saudara saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Persoalan-persoalan seperti berikut:- 1. Kita sudah biasa menggunakan frasa menjerang air, adakah kita masih menggunakan menjarang air? Adakah penyempitan makna menyebabkan kata menjarang air tidak digunakan lagi? 2. Apakah sebab pengecualian berlaku kepada perkataan 'keretapi' yang sebelum ini dieja 'kereta api' ? | 1. Perkataan menjarang digunakan dalam dialek Minangkabau yang bermaksud menjerang. Oleh itu, perkataan menjarang air hanya digunakan dalam kelompok teretentu. Dalam konteks rasmi perkataan menjerang air yang digunakan kerana perkataan menjerang itu tepat dari segi semantik dan lebih difahami umum. 2. Ejaan yang betul ialah kereta api kecuali nama khas Keretapi Tanah Melayu Berhad. Kekecualian ialah sebahagian daripada unsur bahasa, namun jumlahnya tidaklah besar. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 19.03.2012 |
Salam sejahtera pada pihak DBP, apakah isu yang sesuai dan boleh dikupas untuk saya kaji di dalam Hikayat Indera Nata? Dan apakah buku-buku rujukan yang boleh saya gunakan dalam kajian saya? Saya masih buntu dalam mencari tajuk kajian saya. | Hikayat Indera Nata digolongkan dibahagikan dalam zaman peralihan Hindu-Islam. Secara umum, pelbagai perkara boleh dikaji daripada teks tersebut. Di antara kajian tersebut ialah seperti berikut: Pemikiran dalam teks tersebut Teknik Naratif/penceritaan teks zaman peralihan Gaya Bahasa teks zaman peralihan Unsur-unsur Mitos, Dongeng, Fantasi dan sebagainya Konsep Wira dalam teks tersebut Konsep Kuasa dalam teks tersebut Unsur-unsur Islam dalam teks tersebut dll
Sekian, terima kasih | Lain-lain | 06.07.2009 |
1. Tidak dapat jumpa entri "melurutkan" dalam kamus. melurutkan = melurut? Petani itu melurutkan padi daripada tangkainya untuk dimasukkan ke dalam bekas. Ethan terpaksa melurutkan kertas yang telah direnyuk itu untuk membaca catatan di dalamnya. Sebelum mandi di air terjun, Jasmine melurutkan cincin di jari manisnya. 2. Kami berasa lega apabaila dapat (melurut) kaki di dalam khemah selepas berkawal sepanjang hari. 3. Jawapan yang kamu berikan itu (buntu) daripada kehendak soalan. - terpesong | 1. Pembentukan kata yang betul ialah melurut (bukan melurutkan), seperti Pak Samad melurut padi untuk makanan burung. 2. Kami berasa lega apabaila dapat (melurut) kaki di dalam khemah selepas berkawal sepanjang hari. - Perkataan melurut tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. 3. Jawapan yang kamu berikan itu (buntu) daripada kehendak soalan. - Perkataan buntu tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Untuk memilih perkataan yang sesuai, sila rujuk kamus. | Tatabahasa | 14.05.2012 |
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih | 1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1. (betul) 2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my. TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my. 3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman langsung. | Tatabahasa | 17.01.2013 |