Makna dan Huaraian UKHWAH (jika salah ejaan, tapi bunyinya, yalah maksud saya). Contoh sdekumpulan pelajar dan individu dalam satu kumpulan agama yang memandang mulia sesama mereka, tapi orang lain endah tak endah saja, lebih jelas lagi orang lain tak islam seperti mereka. | Ukhuwwah ialah kata Arab yang bermaksud persaudaraan, dalam konteks agama semuanya dianggap bersaudara atas dasar seagama, iaitu Islam. | Makna | 08.08.2010 |
Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah | Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah Frasa "Nota Lutut" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam bidang penerbitan DBP menggunakan istilah seperti nota kaki, nota sisi, nota teks, nota hujung dan anekdot. DBP berpendapat istilah "anekdot" yang sedia ada dalam penerbitan yang merujuk pada "kisah yang ringkas tentang sesuatu kejadian kebiasaannya agak lucu" boleh digunakan untuk merujuk konsep "nota lutut". Selain itu, "catatan" atau "nota" juga boleh digunakan. DBP akan mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan istilah ini daripada pihak yang berkenaan dan akan menghubungi puan. | Makna | 31.12.2013 |
Saya musykil dengan bunyi huruf 'I' yang kedua di dalam perkataan 'ITIK'. Adakah bunyinya sama dengan bunyi huruf 'I' yang pertama di dalam perkataan tersebut? Begitu juga dengan bunyi huruf 'U' yang kedua di dalam perkataan 'UNTUK', adakah bunyi kedua-dua huruf 'U' sama atau sebaliknya? Apakah sesuatu huruf vokal kecuali 'E pepet' dan "E taling' hanya mewakili satu bunyi sahaja? Apakah sebutan baku masih lagi perlu dititikberatkan atau diberi kelonggaran dalam pengajaran fonologi berikutan perubahan zaman? Terima kasih. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan pertanyaan saudara. Pada dasarnya mengikut sistem keselarasan vokal tiap perkataan disebut sebagaimana ejaannya . Hal yang dinyatakan ada kaitannya dengan kegelinciran ketika pperkataan tersebut dibunyikan. Jjika ada maklumat yang tepat kami akan e-mel kepada puan. | Tatabahasa | 03.01.2013 |
Saya baru sahaja temukan perkataan alusmitai dalam pangkalan PRPM sebagai padanan kepada cotton candy. Bunyinya agak aneh bagi telinga Melayu saya, boleh saya tahu asal - usul perkataan tersebut? | Perkataan “alusmitai” terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan istilah bidang pentadbiran perniagaan, namun tidak dinyatakan asal-usulnya. | Istilah | 19.06.2018 |
Salam, saya nak tanya, ada tak perkataan yang berbunyi seperti 'disloka'? atau perkataan yang bunyinya agak sama seperti perkataan 'disloka'? sekian, terima kasih | Untuk makluman, perkataan "disloka" atau perkataan yang hampir sama dengan perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan kami. | Lain-lain | 09.04.2013 |
Salam sejahtera. 1. Saya ingin tahu 5 perkataan dalam bahasa Iban dan 5 perkataan dalam bahasa Kadazan yang bunyinya hampir sama dengan bahasa Malaysia. 2. Sila berikan ayat dalam bahasa Iban dan bahasa Kadazan untuk ayat berikut: a. Apa khabar? b. Siapakah nama awak? c. Awak tinggal di mana? d. Bolehkah saya bantu? e. Marilah kita ke sana. | Silahubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP (03-21418423/2815/2813) atau Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (088-439260) untuk saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 18.12.2008 |
Saya ingin mendapat penjelasan terhadap bunyi perkataan yand mengandungi hurub 'KHA', adakah ia berbunyi 'KA' atau 'HA'? Contoh, 'KHASIAT', betulkah bunyinya 'KASIAT" atau 'HASIAT'? | kata khasiat disebut hasiat (tetapi ditebalkan sedikit sebutan suku kata ha tersebut),begitu juga dengan sebutan suku kata "kha" yang lain. | Lain-lain | 17.04.2008 |
mengapakah bahasa melayu piawai moden sebutan huruf (a) di akhir perkataan seperti:kenapa,siapa,berada dan keluarga,apabila perkataan itu disebut,bunyinya seakan bunyi huruf (e).Harap boleh dijelaskan. | Bahasa Melayu standard pada masa kini menggunakan sebutan dialek Johor-Riau. Antara ciri utama dialek ini ialah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’ bagi kebanyakan perkataan, contohnya saya (sa.yě), apa (a.pě) dan kerja (ker.jě). | Lain-lain | 16.02.2017 |
"saudara anjing = adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa" DBP tidak terfikirkah untuk memansuhkan peribahasa ini dan digantikan dengan peribahasa yang lebih elok bunyinya? Ini kerana peribahasa ini memberikan implikasi negatif kepada sesiapa sahaja yang digelar sedemikian rupa. Walaupun ia dicipta oleh orang dulu-dulu namun tidak semestinya ia elok digunakan untuk zaman ini dan tidak salah untuk ia dimansuhkan. | Untuk makluman, peribahasa merupakan warisan yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya direka pada masa kini. Pihak DBP hanya merakamkan warisan tersebut supaya tidak pupus ditelan zaman dan kami tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan atau menggantikan peribahasa tersebut dengan perkataan lain walaupun bagi sesetengah pihak, peribahasa tersebut kurang sesuai digunakan. | Sastera | 17.08.2017 |
Dalam KD4, salah satu maksud sajak ialah persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll). Dalam "persamaan bunyi" yg dimaksudkan itu, adakah semua barisan sajak itu sama bunyinya atau mempunyai pelbagai rima yg sama dalam satu sajak. | Persamaan bunyi, disebut juga sebagai rima, iaitu skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan panduan menulis sajak yang terdapat di pasaran. | Sastera | 17.09.2015 |