Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burn


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk " burn fat"/"burn calories"?Istilah bahasa Melayu bagi burn fat/burn calories ialah "bakar lemak/bakar kalori."Istilah23.08.2022
Apakah istilah untuk slash-and-burn cultivation? Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk slash-and-burn cultivation. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk slash-and-burn, iaitu tebang-bakar. Istilah bahasa Melayu untuk cultivation ialah pertanian, penanaman dan tanaman. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk slash-and-burn cultivation ialah pertanian tebang-bakar.Istilah21.09.2012
Apa maksud burn out dalam bahasa melayu secara tepat?

Perkataan “burnout” mempunyai dua maksud dalam bahasa Melayu mengikut bidang yang berbeza.

1.     Dalam bidang pentadbiran - Lesu upaya yang membawa maksud kehabisan daya mental dan fizikal seseorang disebabkan tekanan kerja.

2.     Dalam bidang kejuruteraan  - bakar lebur; bakar habis

a.     Bakar lebur: Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin.,

b.     Bakar habis: Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutral dalam radas termonuklear.

Makna13.11.2025
Apakah padanan bagi perkataan kawasan rambut/anak rambut di tepi telinga manusia (side burn)? Adakah ianya merujuk kepada perkataan 'bauk'?Kami mencadangkan "sideburns" diterjemahkan sebagai "bauk", "cambang" atau "jambang". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.09.2021
Salam 1 Malaysia. Tuan/Puan, sila berikan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "burning" yang berasal dari perkataan "burn". Contoh ayat: Burning image file to the disc Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah menyalin.Istilah28.06.2016

Kembali ke atas