| Baru-baru ini saya ingin mendaftar nama syarikat, PUNGGUK BESAR (BIG OWL) dengan SSM. Pegawai itu menolak dengan mengatakan ia berunsur negatif kerana TIADA PUN NAMA BURUNG TERSEBUT katanya (dia tidak tahu burung hantu mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi nama). Saya memetik kamus Dewan edisi keempat yang dengan jelas menyenaraikan nama burung tersebut. Saya juga menerangkan ada peribahasa popular, bagai pungguk rindukan bulan dan lagu Melayu popular, burung pungguk yang dinyanyikan oleh P. Ramlee, Sharifah Aini dan ramai lagi. Juga peribahasa Inggeris, as wise as an owl, di mana dari sinilah saya mendapat ilham nama tersebut, yang akan membawa maksud kebijaksanaan yang besar. Syarikat saya akan menerbitkan buku dan menjual barangan berkaitan buku, alat tulis dan alat bantu mengajar. Penerangan ini juga ditolaknya dengan alasan ada unsur negatif. Setahu saya burung punai sahaja dikaitkan dengan unsur negatif bukan burung pungguk. Pendapat saya perbuatan melacurkan bahasa dengan makna yang kotor tidak harus dilayan seperti punai dan sekarang kunyit. Suatu hari nanti akan menjadi satu kesalahan untuk menggunakan nama 'stor kunyit' kerana ada maksud tersirat yang negatif. Justeru saya minta perhatian pihak DBP untuk menghentikan pihak yang mengaitkan perkataan pungguk dengan makna yang negatif seperti yang sedang dilakukan pegawai otak kuning ini. Terima kasih. | Terima kasih atas maklumat dan aduan pihak tuan. Kami akan menghantar penjelasan makna "pungguk" ke alamat e-mel tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 02.07.2019 |
| 1(a). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah anyaman daripada daun kelapa dan ukiran. 1(b). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah barangan daripada daun kelapa dan ukiran. 2(a). Mereka melihat pelbagai anyaman seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. 2(b). Mereka melihat pelbagai barangan seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. Ayat yang mana satu lebih tepat? Terima kasih. | Kesemua contoh ayat adalah betul. Walau bagaimanapun untuk konteks ayat sebegini perkataan anyaman lebih tepat menggantikan barangan. | Tatabahasa | 16.02.2017 |