Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt (US) membawa [sso] dgn bas. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi /menaiki, naik/ bas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n (vehicle) bas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan/puan, Adakah terdapat terjemahan khusus dalam bahasa Melayu bagi istilah "coaster bus"? Sekian, terima kasih.Istilah "coaster bus" masih belum ada dalam Sistem Pangkalan Data DBP lagi. Cadangan yang sesuai bagi istilah "coaster bus" dalam bahasa Melayu ialah bas coasterMakna11.05.2017
Mohon cadangan istilah bagi perkataan berikut yang digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pembinaan: i. incomer (*Incomer supplies power to the substation bus, while feeder takes out that power from the bus to the loads) ii. Cable Laying, pulling and dressing iii. Receiving Authority iv. Approving Authority v. Livening Up Notice vi. Live Panel & Cabinet vii. Onboarding date viii. Energized area Terima kasih.Mohon tuan berikan takrifan setiap istilah supaya kami dapat mencadangkan padanannya.Istilah21.11.2019
Dari sudut pandang imbuhan/pembentukan kata, manakah yang betul? 'bas perantara' atau 'bas pengantara'? Adakah kedua-duanya merupakan bentuk yang diterima?Padanan "feeder  bus" dalam bahasa Melayu ialah "bas pengantara/bas antara".Istilah10.04.2022
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk orang berlanggaran (punggung dengan punggung) akibat ruang yang sempit? Contoh ayat, Orang yang berdiri di dalam bus yang penuh itu terpaksa "berlanggaran" antara satu sama lain. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "berlanggaran"?Dalam sumber rujukan kami tidak ada kata khusus yang merujuk kepada perbuatan berlanggaran akibat ruang yang sempit, namun perbuatan yang paling hampir dengan situasi tersebut ialah bergesel, bersesak-sesak atau berhimpit-himpit.Tatabahasa03.09.2010
Assalamualaikum Saya rasa DBP keliru antara Franchise and Franchisee Franchise - a privilege of a public nature conferred on an individual, group, or company by a government: a franchise to operate a bus system. the right or license granted by a company to an individual or group to market its products or services in a specific territory. a store, restaurant, or other business operating under such a license. the territory over which such a license extends. Franchisee - a person or company to whom a franchise is granted. Pertanyaan saya ialah - apakah terjemahan bagi FranchiseeCadangan terjemahan bagi franchisee ialah "pemegang francais"Makna16.04.2022
apa makna perkataan catar ? Perkataan catar tidak terdapat dalam Kamus Dewan tetapi acap digunakan seperti bas catar.Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, chartered diterjemahkaan sebagai dicater (disewa). Contoh: Chartered freight - tambang-muatan cater (istilah undang-undang). Chartered bus. Bas yang dicater.Makna09.05.2011
Apakah terjemahan bagi 'airbus'? Kamus Dwibahasa DPB memberi 'bas udara'. Satu lagi terjemahan yg saya dapati (bukan DBP) ialah 'pesawat udara yg besar'. Harap mendapat nasihat.Istilah airbus dalam bidang pengangkutan membawa dua maksud, 1. Bas yang khusus untuk membawa penumpang dari lapangan terbang terus ke pusat bandar, 2. Pesawat yang dibuat di Airbus Industrie, Paris, contohnya AB600. Bas udara yang saudara maksudkan ialah padanan "air-bus" dalam bahasa Melayu.Istilah11.03.2009

Kembali ke atas