Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ya, mohon pihak tuan membantu saya membetulkannya. 1)Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2)Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4)Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5) Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Adakah perkataan menyungai dalam ayat di bawah sesuai digunakan? 1) Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. Apakah jawapan yang paling tepat bagi tempat kosong di bawah kerana jawapan yang diberikan hampir sama. 1) Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. A) hiruk-pikuk B) riuh-rendahr C) hingar-bingar D) gegak-gempita | 1. Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2. Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3. Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4. Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5. Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Ayat-ayat di atas betul. 6. Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. 7. Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. Hingar bingar sama maksudnya dengan hiruk-pikuk, riuh-rendah dan gegak-gempita. | Tatabahasa | 14.04.2015 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasa mengenai - Perjelas dan Menjelaskan dengan beberapa contoh. Terima Kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “perjelas” merupakan kata pasif bagi perkataan memperjelas yang bermaksud 1. menjadikan sesuatu lebih jelas 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya). Contoh ayat: 1. Gambar, ilustrasi dan rajah dapat memperjelas sesuatu keterangan dalam wacana. 2. Apa yang hendak diperjelas ialah tembakau yang ditanam di negara kita bukan penyebab utama kegiatan merokok. Perkataan “menjelaskan” pula bermaksud 1. menerangkan atau menghuraikan sesuatu dengan terang dan dapat difahami 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya. Contoh ayat: 1. Kertas kerja ini cuba menjelaskan bahawa reka bentuk busana Melayu menepati konsep dan selaras dengan nilai-nilai Islam. 2. Dia sekarang berjimat-cermat kerana hendak menjelaskan harga motokar itu.
| Makna | 26.09.2022 |