Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : panggilan kpd bapa saudara, emak saudara, anak dsb yg bongsu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih.Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya.
Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long;
2. Angah @ Pak/Mak Ngah
; 3. Alang @ Pak/Mak Lang;
4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak;
5. Ateh @ Pak/Mak Teh;
6. Anjang @ Pak/Mak Anjang;
7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam;
8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai.

Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja.
Tatabahasa28.10.2012
SAYA SEDANG MENGKAJI TENTANG DUNIA KORPORAT DALAM CERPEN.BOLEHKAH SAYA INGIN MEMINTA SEDIKIT BAHAN TENTANG TAJUK SAYA ITU?ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN WATAK KORPORAT ATAU SEBALIKNYA?SAYA AGAK KELIRU.Bagi maksud tersebut, silalah membuat rujukan kepada cerpen-cerpen karya penulis antaranya Keris Mas, Daeng Ramli Akil dan Khadijah Busu. Sekian dan salam.Lain-lain24.07.2009
Apakah perbezaan antara 'berdampingan', 'bergandingan' dan 'berdekatan' dari segi penggunaan istilah?

 

 Puan Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

berikut diberikan makan seperti yang ditanya.

berdampingan - berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu;

 berganding - berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat);

berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn);

Makna06.01.2010
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasihDalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. Makna23.09.2011
Apakah nama buku terbitan DBP yang sesuai untuk Penulis Muda yang tercari-cari bimbingan dan panduan untuk belajar tentang penulisan kreatif ?

Saudara boleh merujuk buku-buku yang berikut:

  1. Dinamika Kreatif Penulisan Cerpen Lim Swee Tin Cerdik Publications Sdn. Bhd. 2000
  2. Karya nan indah: panduan penulisan kreatif Faisal Tehrani Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 200
  3. Menangani Penulisan Kreatif Sastera Remaja Talib Samat Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ] 
  4. Penulisan kreatif: teori, pengalaman dan cabaran Othman Puteh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001
  5. Proses Penulisan kreatif Mana Sikana EDN Media 2004

Saudari juga boleh merujuk Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan ada menganjurkan bengkel/kursus bimbingan penulisan kreatif.

Untuk maklumat lanjut, saudari boleh menghubungi Puan Akibah binti Abu Hassan, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan di talian 03-21482550 atau e-mel akibah@dbp.gov.my

Harap maklumat yang diberikan dapat membantu saudari.

 

Lain-lain01.03.2009
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008

Kembali ke atas