Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. slaughter or dress animals, menyembelih, membantai: he ~ed a sheep, dia menyembelih seekor kambing biri-biri; 2. kill wantonly or brutally, membunuh dgn kejam: thousands of people were ~ed, beribu-ribu orang dibunuh dgn kejam; 3. make a mess of, bungle, menjahanamkan, merosakkan: the orchestra ~ed the symphony, orkestra itu merosakkan simfoni tersebut. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. retailer of meat, penjual daging; 2. one who slaughters or dresses meat, penyembelih, pembantai; 3. wanton or brutal murderer, pembunuh yg kejam: the General was a ~, Jeneral itu pembunuh yg kejam; 4. one who ruins or bungles st, penjahanam, perosak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butcher


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah istilah 'butcher' dipadankan dengan kata 'pelapah' (seorang yang melapah daging)?Salam sejahtera,

Tuan,

Merujuk  kamus bahasa Inggeris, butcher bermaksud penjual daging, penyembelih atau pembantai.

Sekian, terima kasih.
Istilah17.10.2018
bolehkah pihak tuan menerangkan secara terperinci setiap kepentingan proses penyuntingan seperti yang telah diberikan.saya mengharap sangat bantuan tuan kerana ini adalah tugasan terakhir saya.Penyuntingan di setiap peringkat bertujuan menyemak kesalahan fakta dan penggunaan bahasa, juga menyelaraskan persembahan. Jika tuan memerlukan maklumat lanjut, sila dapatkan buku bertajuk 'Copy Editing' oleh Judith Butcher (Edisi Kedua).Makna25.09.2006
Gaya Dewan (1995: 70) menyatakan bahawa tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan en (én) sebagai ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em. Soalan: (1) Adakah en itu sama lebarnya dengan huruf n? (2) Jikalau tanda pisah satu en, adakah tanda sempang hanya setengah en?
  1. Dalam penerbitan, en merupakan unit ukuran yang lebarnya setengah huruf em, tetapi tidak semestinya sama lebar dengan huruf "n".
  2. Jika tanda pisah satu en, tanda sempang tidak semestinya hanya setengah en.

Dalam penerbitan, en, em dan tanda sempang mempunyai fungsi yang berbeza. Sdr boleh merujuk buku yang berkaitan, seperti Copy Editing oleh Judith Butcher (Cambridge University Press) atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Lain-lain14.01.2013

Kembali ke atas